Wednesday 28 December 2011

Seventeen - Untuk Mencintaimu

Z Zira,A fAra,N Nyderd,Y shieY



Hujan baru sahaja reda, hanya tinggal titisan halus. Namun langit masih lagi kelam, tanah masih terasa lembab. Bau basahnya menguar ke sekitar kawasan perkuburan yang sungguh sepi itu.
Akan tetapi, aku masih juga berteleku di sisi sebuah pusara. Tatapan mata terus melekat pada batu nisan. Aku langsung tidak menghiraukan diriku yang sudah basah kuyup ditimpa hujan.
Nama yang tertulis pada batu nisan itu, tidak akan pernah aku lupakan. Tidak akan pernah lupa bagaimana renungan dan senyuman insan itu. Aku tidak akan pernah lupa bagaimana suara insan itu menegur dan memujukku.Paling penting, aku tidak akan pernah lupa betapa besarnya cinta pada insan itu sehingga sekarang.
‘Berkali-kali aku berjanji, berusaha tidak akan menitiskan air mata lagi. Tetapi, sering kali bayangan itu datang. Kisah bersamanya tidak akan pernah pudar dari kotak ingatanku. Entah bila perasaan ini akan hilang. Untuk kali terakhir aku cuba bertahan, akan ku pegang janjinya hingga ke syurga’.



Pang!! bergegar pintu kaca rumahku "Adoh,sakitnya!"rungutku sambil mengurut-ngurut dahi yang baru sahaja terhantuk pada pintu.Kertas yang ku bawa bertaburan diatas lantai,tanganku pantas mengutip setiap helaian berkenaan.'Pagi ni aku dah la ada metting dengan client,kene marah lah aku dengan En.Darus'ngomelku lagi.
    "Ayiez!kau tak reti cepat ke ?kita dah la lambat"jerit Anum dari dalam kereta.
    "Yela" kau tak dengar ke aku langgar pintu ni?sakit lah"balas ku sambil melangkah ke kereta Anum.Tak pernah aku serabut begini pagi".
    "Kau lah ni Yiez,tengok kita dah bangun lambat"kata Anum memulakan perbualan kami pada pagi itu.
    "Aku pula,kau yang join aku main ps3 malam tadi siapa suruh?Aku dah suruh kau tidur awal kan,kau yang tak kunci jam kanape?perliku.
    "Hish!nasib baik lah tak 'jam' sangat kalau tak kita dah ada kat dalam bilik En.Darus dah ni"balas Anum.Tanganku pantas menekan punat radio untuk menghentikan bebelan Anum yang belum pasti bila akan berakhir.
    "Aku dah agak,asal aku membebel sikit kau pasang radio tu".
    "Dah kau membebel macam makcik jual cendol depan pejabat kita tu memang la,cuba senyap?Aku pening la kau dari tadi 'pot pet pot pet'.
    "Banyak lah kau nak suruh aku senyap pula".Kata Anum yang masih ingin meneruskan rutin paginya.
    "Dah" aku malas dengar".Mataku memandang keluar tingkap.Lagu yang kedengaran seperti memahami yang aku sedang rindukan rakan" ku dulu.'Manalah korang sekarang yer?'.Aku yang kini memegang segulung ijazah sarjana muda Peraka Hiasan Dalaman dari University Harvard,Australia.Sekarang aku bau setahun bekerja di Syarikat D Architecture.Begitu juga Anum,rakan serumahku yang bertugas sebagai Pereka Landskap di syarikat yang sama.Rakan"ku yang lain membawa haluan masing" selepas tamat sekolah menengah.Semua memperoleh result yang cemerlang sekaligus menjadikan impian Tuan Pengetua kami untuk menjadikan sekolah kami sebagai sekolah kluster di daerah ini.Mana tidaknya empat sahabat yang masing" mempunyai masalah disiplin rupa"nya berpontensi menjadi pelajar cemerlang.Itulah kata orang,'diam" ubi berisi'.
    "Hah,berangan!Kau ingat buah hati ke?sentak Anum.Hampeh punya membe,nak berangan sekejap pun susah la.
    "Kau ni kan,tak boleh tengok membe kau tenang sikit ke?"
    "Lah,marah pula,aku main" je pun,kau ni serius sangat la".
    "What ever!"'
    "Huih,garangnya kau ni".
    "Kau ni dah lama kan tak makan sup stoking?nak aku rebuskan ke untuk lunch kau?".
    "Yela" aku senyap".Anum mencari tempat untuk parking kereta yang brdekatan dengan lift,supaya senang bagi kami untuk ke pejabat.Anum mematikan enjin keretanya.Pang! sekali lagi pintu kereta berlaga dengan pintu kereta sebelah.
    "Eh,bila masa ada keret kat sebelah ni? Tadi tak ada pun".
    "Kau buat hal lagi Yiez?Kau ingat kereta kita je ke yang layak parking kat sini.Memang lah kereta lain pun ada juga".Aku hanya membisu.'Dah start dah rutin dia'.Anum bergerak ke arah wanita berkenaan.
    "Eh,maaf.Cik tak apa"tegur Anum.Tiada respon yang diberikan.Wanita itu hanya diam.'Hah sudah,kenapa pula dengan minah sebelah ni?tak kan cedera kut?sikit je pun'bisik ku.Aku keluar dari kereta untuk melihat keadaan.Wajahnya tidak kelihatan kerana tangannya sedang mengurut" dahi,terhantuk barangkali?.Aku memandang ke arah Anum mahukan simpatinya,tetapi...Anum sudah meningalkan aku bersama wanita itu.Handsetku tiba" berbunyi menandakan mesej masuk.

                        Ayiez,kau setelkan lah masalah kau tu.Aku masuk dulu.
                         Kalau En.Darus tanya,pandai lah aku cover kau.
                                                 From:Hottes Anum

Aku memandang ke arah wanita tadi.
    "Cik?cik tak apa" ke?Nak saya hantar ke klinik dengan bas"kataku cuba melawak.
    "Eh,tak perlu,saya okay.Cuma terhantuk sikit je".balasnya.Wanita tadi masih tidak ku nampak raut wajahnya.Kerana terlindung dengan tangan.
    "Kalau begitu,saya ke pejabat dulu lah"sambil tanganku mencapai beg di atas bumbung kereta.Tiba" tanganku seperti digengam erat.Aku berpaling.
    "Farah,kau tak ingat aku langsung?".tiba"wanita itu bersuara.
    "Hah?Cik ada jual kuih ke kat area rumah saya?"soalku.Memang rutinku setiap hujung minggu untuk menanti makcik yang jual kuih lalu di depan rumah.Tak sangka pula ada yang sangup ikut sehingga aku ke pejabat.
    "Ha?Bukan lah,aku lah Fau,Derd"terangnya cuba menyakinkan ku.
    "Nerd?".balasku.
    "Derd la,alah kau ni Fau tahu lah aku dah lain,tapi janganlah muka kau macam ayam berak kapur pula".
    "Lain yer kau sekarang?Lebih anggun la".
    "Fau,aku rindu giler dengan kau"katanya terus memelukku.
    "Macam mana kau tahu aku kerja di sini Derd?"soalku.
    "Sepupu aku Faiz dia kenal kau,dia yang cakap kau kerja di sini.Sebab itu aku datang,aku pun tak tahu macam mana nak cari korang,nasib baik Faiz ada."
    "Selama ni aku ingat aku seorang je yang nak cari korang,terharu aku dengar Derd".
    "Kau tak tahu Shiey dengan Zira kat mana,Fau?"sambungnya.
    "Aku ada juga tanya budak" ni,diaorang pun tak tahu.Aku rase kita ni dah macam jejak kasih dah.Hahaha".
    "Mana tak nya.Kita berpisah pun lepas kau sambung pergi Australia kan?.Masa tu aku pula kena pergi Singapura jaga nenek aku.Lepas tu aku terus lose contact dengan Shiey dan Zira.Dengar cerita,Shiey dah kahwin".Terkejut aku mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh Derd.
    "Cop",cakap" juga kaki aku ni dah lenguh berdiri.Ermm,apa kata aku bawak kau pergi makan cendol yang tersedap di abad ini.Nak?".Pelawaku.
    "Ye juga kan?Jom lah naik kereta aku".
    "Memang kena naik kereta kau pun.Aku mana ada kereta lagi".
    "Eh tak kan Interior Design macam kau ni tak mampu nak beli kereta?".Perlinya.Ketika itu,kereta yang dipandu Derd sedang bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta.
    "Mampu je.Ada kat rumah tu malas lah bawak,kalau hujan susah,maklomlah kereta aku tak ada atap".
    "Amboi kau,kereta mahal tu brand apa?"soal Derd.
    "Brand ni pun aku jarang dengar,'Kereta Sorong Wak Tempe' kau penah dengar?".
    "Hahaha.Sengal kau Fau".Tawa kami memecah di segenap ruang kereta itu.Aku memilih tempat duduk yang berdekatan dengan sungai.Di situlah tempat duduk yang menjadi kegemaranku ketika menikmati cendol di sini.Kalau ada pelanggan lain,aku sanggup menunggu sehigga dia selesai makan.Pernah sekali aku menyuruh Awal,anak tauke kedai cendol itu menjaga tempat itu,kerana takut aku tidak sempat merebutnya.Hahaha.Aku mengankat tangan kepada Awal.Seperti sudah tahu tugasnya,dia melangkah ke arah kami.
    "Awek mana pula ni?Kau tak nak kenalkan dekat aku ke?"soal Awal sambil mengambil tempat duduk di hadapan Derd.Di tangannya terdapat pen dan buku nota untuk mengambil pesanan dari pelanggan yang datang.
    "Amboi kau,awek" ni nak?"balasku sambil menunjukkan buku lima.
    "Bagi aku cendol biasa lah,tapi dua tau"sambungku.
    "Dia ni kau tak nak kenalkan kat aku ke Yiez?".
    "Boleh,tapi buatkan aku cendol otak kau.Boleh?".Derd hanya tersenyum melihat telatah kami.
    "Yela-yela".balasnya meninggalkan kami berdua.Sementara menunggu cendol siap dihidangkan.Kami berbual tentang diri masing".
    "Fau,kau dah berubahkan sekarang?"soal Derd memandangku.
    "Berubah?Maksud kau?Aku makin gemuk?Kau kena faham Derd,aku pun muka dah macam cendol.Ni je makanan favorite aku yang murah".jelasku panjang lebar.
    "Bukanlah,maksud aku,kau sejak jadi penghias ni,pandai juga kau hias diri kau.Erm,cantik".puji Derd.
    "Cakap jela kau nak aku belanja kau kan?Aku faham sangat dengan perangai kau ni Derd.Nak puji" aku pula.Kau pun apa kurangnya.Eh,jap!Kau cakap Shiey dah kahwin?Mana kau tahu?Sampai hati tak jemput kitakan?"
    "Aku dengar khabar angin lah,entah betul ke tak,aku tak tahu".
    "Lah,aku ingat betul" lah tadi.Penat" aku percaya je kau ni Derd".

        9 Tahun sebelum itu.....

    "Weh korang!Aku malas pakai kasut prep".kata Derd sambil manyarungkan selipar di kakinya.Shiey memandang ke arahku,seperti mengharapkan persoalan dari anak matanya terjawab.
    "Aku no hal".Zira mengikut apa yang Derd lakukan sebentar tadi.
    "Ha senang semua tak payah pakai.Kena denda pun sama" juga nanti".Aku membuat keputusan yang bernas.Semua mencampak kasut sekolah masing" ke dalam biilik elektrik berdekatan tempat kami lepak.Kami capai beg dan melangkah menuju ke kelas.Muka masing" ayu,tapi ganas hanya Allah sahaja yang tahu.Tiba"..
    "Weh korang!hari ni tak ada kelas fizik kan?"tanya satu suara yang datangnya dari arah bilik study 'Form Five'.Langkah kami berempat berhenti serentak.
    "Tak ada,'teacher' ada metting hari ni".Sahut Derd.Kami melangkah  meneruskan perjalanan.Sampai sahaja brdekatan dengan pondok pengawal aspuri.Mataku seperti tepaku melihat satu kelibat yang paling berkuasa di sekolah.
    "Weh korang,aku rasa line tak clear la sekarang.Ada ustaz kat surau.Kita lepak dalam pondok guard dulu lah sementara tunggu ustaz blah".Aku memberi cadangan kepada mereka bertiga.Jika kami teruskan perjalanan berkemungkinan besar kami akan ditahan kerana memakai selipar.Atau mungkin akan di potong markah merit kami sebab melanggar peraturan sekolah.Derd yang sedang bertindak sebagai ketua memulakan langkah dengan merangkak masuk ke pondok guard,diikuti Zira,Shiey dan akhir sekali aku.Gelagat kami diperhatikan oleh mak cik guard yang bertugas pada hari itu.Aku meletakkan jari dimulut memberi isyarat agar mak cik berkenaan tidak memberitahu ustaz yang kami sedang melakukan kesalahan.Pandai aku rasuah mak cik tu.Sementara menunggu ustaz hilang dari pandangan mata kami,aku cuba menyorokkan novel ke dalam beg.Begitu juga Zira.
   "Eh beb,aku rasa ustaz dah blah la.Jom la gerak sekarang nanti benda lain pula kita jumpa"Derd memberi cadangan kepada kami.Shie seperti tidak yakin apa yang dikatakan oleh Derd sebentar tadi,lantas dia menjengukkan kepala ke tingkap.
   "Ermm,jom la beb blah sekarang"ujarnya tanda setuju.
Kami keluar dari pondok guard seperti penyamun yang tidak profesional.Aku memandang ke arah makcik yang masih tersenyum dengan telatah kami.Aku mengucapkan terima kasih kepadanya,sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga.Sampai sahaja di kelas,seperti selalu kelas aku memang tak macam kelas Form Five.Cantik lagi kelas budak pemulihan.Dengan kertas berselerakan di atas lantai,buku yang tidak tersusun,meja dan kerusi yang tunggang terbalik.Hurmm mata aku jadi mengantuk memandangnya.Kami berjalan menuju ke tenpat masing-masing.Aku mengeluarkan buku teks sejarah.
   "Fau,kau tolonglah jangan bace bed time story tu.Kau tengok mata aku ni"Derd tiba-tiba bersuara.Sambil tangannya menunjuk ke matanya yang semakin kuyu.
   "Ni bed time story untuk kita la"ujarku sambil tangan menyelak helaian demi helaian buku teks sejarah itu.Suasana sepi seketika,aku memandang ke arah Shie dan Zira.Memang buku sejarah ni memberi impak yang besar kepada mereka berdua.
   "Tengok Fau,dah tumbang hulubalang istana ni.Baru buka buku,belum kau baca lagi Fau,mungkin dah berdengkur la gamaknya"kata Derd sambil tangannya menggapai beg untuk dijadikan sebagai bantal.Aku cuma memerhatikan tingkah laku rakan baikku ini.Aku mencapai highlight lantas menggariskan fakta-fakta penting.Akhirnya aku pun tertewas dimedan peperangan.

Mengapalah hari ini aku begitu penat,tidak seperti hari-hari yang lain.Macamlah aku membanting tulang mencari ilmu,sedangkan aku hanya duduk di dalam kelas sementara cikgu-cikgu yang mencurahkan ilmu satu demi satu.Aku menghempaskan tubuh di katil.Mataku seperti semakin berat untuk melihat dunia.Eh sekejap,aku tak boleh tidur sekarang,nanti kalau aku lambat mandi,pastinya Shie akan melontarkan bebelannya yang aku sendiri tidak mampu mendengar.Aku melangkah longlai mencapai tuala mandi.Mataku terpandang rak buku yang terletak berhadapan dengan katilku.Tanganku pantas mencapai buku rujukan fizik,yang pastinya bukan untuk dibaca tetapi ada sesuatu didalamnya.Haha.
   "Fau,kau nak makan tak ni?!"jerit Shie dari koridor bawah.'Mentang-mentanglah aku aras paling atas,panggil aku macam panggil lembu' omelku sendirian.
   "Yela-yela,aku tengah pakai kasut lah ni"jeritku.Kakiku melangkah menuruni anak tangga.Macam biasa aku memang kena tunggu tuan puteri seorang ni bersiap.
   "Derd,kau rasa-rasakan aku dilahirkan memang untuk tunggu kau bersiapkan?perliku.Derd menyengih kepadaku.
   "Yela-yela aku nak siap lah ni Fau.Tu pun nak marah-marah"
   "Aku bukan marah lah,saja hobi.Hahaha".Tawa kami berdua ketika itu kedengaran satu aras.Junior-junior yang lalu-lalang ketika itu hanya memandang.Merka seperti sudah tahu perangai kami yang memang gelak mengalahkan pontinak.Di koridor bawah Shie sudah mencekak pinggang seperti ibu yang mahu memarahi anaknya pulang lewat bermain.
   "Kau tengok Derd,kan Shie dah buat tabiat dia.Memang matilah kita kena hamun"
   "Alaa..bukan sengaja pun aku lambat,turn mandi aku ada budak lower potong,kalau aku tahu siapa budak tu,memang aku dissert untuk kita"
   "Hah tuan puteri!Lenguh kaki aku tunggu korang tahu tak?"marah Shie.Derd terus menyalami tangan Shie seperti hari raya.
   "Alah Shie ni marah-marah pula cepat tua tau"pujuk Derd.Aku faham sangat dengan rakan ku ini,kuat memujuk.
   "Hah,kau ni dah kenapa Derd?Nak sapu magerine lah tu".Marah Shie matanya masih memandang Derd yang sedang berpaut pada lengannya seperti anak kucing.
   "Hehe,Shie ni suka marah-marahkan rakan-rakan?"Pertanyaan Derd itu ku biarkan dibawa bersama angin.Zira memaut lenganku lantas mengatur langkah ke DEMA.
   "Lantak koranglah,nak buat drama korea konon.Buatlah perut aku dah lapar,tak tahan nak makan masakan mak long hari ini,ayam merah tau",ujar Zira.Bunyi seperti anak gajah sedang berlari dari arah belakang.Pantas aku menoleh.BINGO! tepat tekaanku Shie dan Derd sedang mengejar kami dari arah belakang.Apa lagi kaki kami berdua automatik berlari kearah DEMA.Kalaulah cikgu nampak kami sedang berlari komferm tak payah nak buat pemilihan.Kami berempatlah yang layak masuk lari pecut 100m perempuan bawah 18.Gema jeritan kami jelas kedengaran satu asrama,mana tidaknya suara mengalahkan pontianak saja.
   "Weh jaga barisan aku ambil tray"kata Shie seperti sarjan pencen.
   "Meh sini cawan mahal korang,biar aku ambil air",kataku.Cawan yang kononnya mahal ini aku temui didalam kelas.Cawan jamuan yang tidak digunakan,tidak salahkan jikalau kami memanfaatkannya?Lagi pun tak perlu nak berebut-rebut cawan DEMA dengan budak-budak junior ni.
   "Errrmm,sedapnya bau ayam ni mak long",puji Derd.Tapi aku tahu pujiannya itu penuh dengan muslihat nak dapat ayam lebihlah tu.Jangan haraplah Derd aku ni pun dah puas puji.Seketul juga yang aku dapat.
   "Mak long-mak long!Kak long lah!",marah mak long DEMA.
   "Ntah kau ni Derd Kak long lah,kau ingat kak long ni tua sangat ke?Kak long sebaya dengan Lisa Surihani tau,"tegur Zira.
   "Memang Lisa pun 'Lisa Suri Rumah Tangga",bisikku ke telinga Shie.Tersembur juga tawa kami berdua akhirnya.Inilah rutin kami di asrama,mengusik,ketawa,kadang-kadang budak junior yang tak bersalah pun kena kacau.Biasalah hidup di hostel amat membosankan.Tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan.

   "Woi berangan!",tiba-tiba ingatanku pada zaman persekolahan dimatikan.
   "Kau lagi Wal,dah lama hidup ke?Nak mampos dah?",marahku.Yelah mana tak marah tengah syok-syok senyum macam kerang tak ada kulit,tiba-tiba ada orang kacau line.Kalau tak,aku dah lama bagi dia ni makan batu bata!grrr!!
   "Kau ni marah je memanjang.Cuba dengan aku kau senyum Yiez,baru manis",
   "Manis hotak kau!Nanti aku tabur gula dekat lidah kau,barulah manis",
   "Kau tak kerja ke Yiez?Mana awek yang kau bawak haritu?",tanya Awal sambil matanya melilau mencari kelibat Derd.
   "Aku ambil cuti hari ni,nak hantar kawan aku balik,kereta dia rosak.Aku hantar dengan kereta aku",jelasku.
   "Kau ada kereta Yiez?hahaha",tawanya seperti memerliku.
   "Yelah!Semua teksi kat sini semua kereta aku",kataku loyar buruk.Hampeh punya kawan.Suka-suka je perli aq depan-depan.
   "Aku baru nak usya,ermm nak usya kau takot pakwe kau marah",ujarnya sayu sambil tangan mencabut kelopak bunga raya.
   "Ha Wal! Cakap pasal pakwe ni kan.Nak tahu macam mana kiteorang boleh 'couple'?tanyaku sambil mengankat kening.
   "Menarik ke cerita kau ni?",
   "Kau dengarlah dulu,mesti kau tak percaya ni aku tau".
   "Demi kau Yiez,aku dengarlah.Eh! sekejap aku nak rakam sekali,nak bagi mak aku dengar"'perlinya.
   "Kau perli aku ek?Hampeh punya kawan".
   "Hahaha,gurau je pun dah marah.Ha ceritalah cepat,aku nak dengar ni".
   "Macam ni ceritanya".

Awal tahun Form 5....

Sudah menjadi rutin pada hujung minggu penghuni asrama kebanyakkannya lebih suka melepak,tidur sampai ke asar,layan hindustan, termasuklah dua orang rakanku ini.Mereka berdua tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati rancangan hindustan yang disiarkan di tv3.Kebanyakannya pelajar Form 5 yang memenuhi bilik ini.Tidak sedar diri betul tahun ini nak berperang dengan masa depan.Eish aku hanya menggeleng.Lain pula bagi aku,hujung minggu biasanya aku habiskan di dalam dorm.Kebetulan pula di dorm aku ada meja untuk kemudahanku belajar,jadi tidak menjadi masalah untuk aku menyiapkan kerja sekolah.
   "Farah,aku mengantuklah,''ujar Alia teman bilikku.Yelah mana tak mengantuk baca buku sejarah sambil baring.
   "Kau tidur jelah.Aku pula mengantuk tengok muka kau"arahku.
   ''Kejut aku tau kalau kau nak pergi mandi"
   ''Hurmm yelah,Dah pejam mata tu cepat.Tapi sebelum tu sana sikit kang aku pun nak tidur juga''.Mentang-mentanglah katil aku gabung suka hati je dia nak tergolek sana sini.Tu belum masuk lagi sorang,maun haru dorm.Dah macam kinder garden.Harap je form 5.Aku masih di meja sedang memikirkan jawapan untuk soalan add math yang telah di berikan oleh Cikgu Roslan.Pening betul aku dengan soalan Integration ni.Kadang-kadang senang,kadang-kadang rasa macam tak pernah belajar pun ada juga.Mataku tepamdang selonggok kertas warna si rak buku.'Siapa punya ek?Budak dorm kot.Ehh,esok bufday 'budak tu' lah.Lantas tanganku mengeluarkan hasil seni kretif.'Hadiah tak ada kad pun jadilah'.
   "Farah, kau buat apa tu?" tegur Shyra tiba-tiba.Kus semangat!
   "Bila pula kau masuk? Dah habis kelas ke?" soalku.
   "Tak nampak ni aku dah siap tukar baju lagi," ujarnya sambil menunjukkan baju T berwarna hitam yang dipakainya.
   "Eh, tak perasan pula aku,"
   "Eh, kad untuk siapa ni?Cantiklah, nak baca boleh?"
   "Sibuklah kau ni,pergilah tidur!!"
   "Cakaplah," sambil tangannya mencucuk pinggangku.
   "Eish! Kau ni dah kenapa?" kataku lantas menindih kad tersebut dengan longgokkan buku-buku.
   "Cakaplah untuk siapa? Macam orang tu 'special' je?" ujarnya cuba meneka.Memang 'special' pun.Aku memang suka mencuba nasib berkawan dengan dia ni.Yelah siapa tak kenal, walaupun sudah 'Form Five' tetapi jarang sungguh untuk mendengar suaranya, seperti ada emas di dalam mulut.Shyra masih duduk di katilku seperti tidak mahu mengalah.'Susah betul dapat kawan yang keras kepala macam ni, tak nak mengalah langsung' bisikku.Sambil tanganku mengalikan longgokkan buku.
   "Nah, tengoklah nak sangat!
   "Cantik, ermm 'Epy bufday..'"
   "Woi, tak payahlah baca kuat-kuat malu aku!"
   "Yelah, baca dalam hati je ni," ujarnya.Aku menyusun buku-buku dengan teratur di atas meja agar tidak nampak sangat aku ni rajin 'study' time cuti-cuti ni.Hahaha
   "Kau reti lukis gambar laki tak?" tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutku.
   "Kalau kau nak aku lukis 'cell' aku retilah, kau kan budak ED, tak kan tak reti?"
   "Ermm ED aku belajar nak lukis pelan elektrik,paip,rumah tak belajar lukis orang ni.Eh, dah lah bak sini aku nak sambung tulis ucapan," kataku lantas merampas kembali kad itu dari tangan Shyra.
   "Eh, jam pukul berapa?"
   "3.30.Kenapa? Nak tidurlah tu?"
   "Hehe," sambil tangannya menarik bantalku ke kepalanya.
   "Hey, jangan nak mengada! Pergi tidur katil kau!"
   "Alaa.. Asar nanti kau kejutlah," katanya tanpa mengendahkan arahanku.
   "Takde-takde, kau ni cakap je nak bangun asar.Nak magrib nanti baru terkedek-kedek heret baldi nak pergi 'shower'," aku meletakkan kad di atas meja dan merampas kembali bantal kesayanganku.
   "Ei, kedekutlah!"
   "Werkk!" aku menjelirkan lidah ke arahnya.Shyra bergerak meninggalkan katilku untuk tidur di katilnya.Mataku yang tadinya segar kini layu setelah dapat memeluk bantal empuk.'Ermm, tak boleh jadi ni' bisikku.


Azan Isyak jelas kedengaran menandakan telah masuk waktu solat bagi seluruh wilayah Karak dan kawasan yang sama waktu dengannya.'Lah.. macam mana boleh tertidur ni'.Aku membetulkan telekung di kepala.Setelah membuka mata baru aku perasan yang tirai di surau terbuka luas, seluas pemandangan mata.Tetapi aku terlindung di sebalik tiang, kuranglah sikit perasaan malu tu.Rakanku di sebelah sedang berbual sesama sendiri.
   "Weh diamlah!. Jawab azan tu, nak kena panah petir ke?" marahku.Mereka memandangku dengan wajah yang pelik.Mereka bertolak sesama sendiri.Aku melontarkan senyuman.'Ingat aku mengigaulah tu'.Hahaha...
   "Weh budak!. Tolong tutup tirai", arah Derd kepada budak junior yang sedang bangun.Barangkali ingin mengambil wudu'.Budak itu melangkah ke arah tirai seperti lembu dicucuk hidung  mengikut arahan Derd.Biasalah junior tak kan nak lawan senior silap-silap kena 'ragging' kat 'hostel'.Aku menutup buku-buku dan memasukkannya ke dalam beg lantas bangun untuk membasuh muka itu pun setelah kesemua tirai habis dijatuhkan.Usai solat Isyak, kami berempat melangkah menuju ke kelas.Semasa berjalan sempat lagi bergurau-gurau di tepi longkang, jatuh memang padan dengan muka.Hahaha..Semasa di dataran sekolah.
   "Weh, cuba korang tengok langit?" Zira memulakan perbualan di antara kami.
   "Cantiknya," serentak kami bersuara.Memang menjadi hobi setiap malam kami akan melihat bintang di langit.Sedangkan pelajar lain sudah masuk ke dalam kelas, kami masih menjadi kutu rayau.Padahal Kelas persediaan atau lebih 'familiar' dengan panggilan Prep sudah setengah jam bermula.
   "Weh, jomlah masuk kelas, nanti cikgu nampak mulalah lari lintang-pukang," aku memberikan cadangan lantas bangun mengibas-ngibas baju.Kalau aku tidak mulakan arahan, sudah tentu mereka akan lupa yang Prep itu wujud sebenarnya.
   "Alahh, baru pukul berapa ni?" Shiey bersuara, seolah-olah membantah cadanganku.
   "Hauh Fau, 'rilex' lah dulu, awal lagi kot," Derd menyokong.
   "Korang tak nak, aku naik dululah, banyak kerja ni" padahal aku ingin memberikan kad harijadi kepada 'dia'.Tidak lama kemudian Zira bangun, barangkali ingin mengikuti aku ke kelas.
   "Tak apalah, aku dengan Fau naik dulu, ok?" Zira mengekoriku dari belakang.Kami berdua sahaja yang mempunyai niat yang berkobar-kobar untuk belajar, sedangkan mereka berdua lagi hanya ingin tunggu bintang jatuh dari langit.Sampai sahaja di hadapan kelas 5 Rahmah, aku memperlahankan langkah, membiarkan Zira jalan dahulu.
   "Psstt Erna?" panggilku.Sambil melambai-lambai ke arahnya.Erna berjalan ke arahku setelah nampak aku memanggilnya.
   "Hahh kenapa kau ni? Bertenggek tepi kelas aku",
   "Nak mintak tolong ni, kau letak kad ni bawah lapik meja Luqman," ujarku smbil menghulurkan kad yang telah siap aku hias.Erna mengambilnya dengan seribu tanda tanya.
   "Hari ni 'bufday' dia lah," aku cuba menerangkan perkara yang sebenarnya.
   "Ohh, ok nanti aku letakkan, dia pun tak masuk kelas lagi ni,"
   "Haa, nanti kau cerita kat aku tau,"
   "Okey tak ada hal lah,".Ketika aku ingin melangkah ke kelas, tanpa aku sedari Luqman lalu di hadapan kami.'Hahh sudah macam mana ni? Kad tak letak lagi'.Aku memandang Erna.Tekaanku salah,Luqman tidak terus ke mejanya, malah ke rak belakang kelas terlebih dahulu untuk mencari bukunya.Erna bergegas ke meja Luqman untuk menjalankan tugasnya.'Huhh, sempat juga akhinya'.Aku berjalan ke kelas dengan langkah perlahan, ingin melihat reaksi ketika dia membaca kad 'pelik'ku itu.Hahahaa.
   "Luqman, kau tengoklah bawah lapik meja kau ada apa", jerit Erna setelah Luqman kembali ke mejanya.'Oitt! Hampeh punya Erna, die pergi jerit kenapa? Dah satu kelas tahu.'
   "Farah yang bagi, kau kenalkan?" Luqman menggeleng, seperti tidak berminat ingin tahu siapa diriku ini.
   "Alaa, budak LK sebelahlah" Erna cuba menerangkan.Luqman tetap menggeleng..Aku yang memang dari tadi memerhatikannya seperti tidak percaya dengan reaksi yang diberikan.'Dia tak kenal aku?Mustahillah, sekolah sama, cuma kelas lain je' aku bermonolog sendirian.Sinar kehampaan jelas terpancar diwajahku.

'Farah? Siapa ek?' Luqman bermonolog sendirian.Macam mana dia tahu pasal 'bufday' aku ni?.Persoalan itu terngiang-ngiang difikirannya.Ilmu yang diajar oleh cikgu di hadapan seperti tidak masuk ke otak.
   "Okey 'class' saya nak kamu siapkan kerja yang saya bagi hari ini", Ustazah memberikan arahan sambil menyusun kembali buku-buku kerana waktu pembelajaran sudah tamat.
   "Ustazah, nak hantar bila tugasan dan nota ni?" laung Tiney.
   "Ermm,rabu nanti ada masa saya kan?Kamu letak atas meja saya.Arfan, kamu pastikan semuanya cukup". Arfan yang sedang tidur terkejut barangkali namanya disebut.Terpisat-pisat dia memandang wajah ustazah.
   "Hishh,tak faham saya dengan kamu ni Arfan.Macam bosan sangat saya mengajar".Kata Ustazah lantas meninggalkan kelas 5 Rahmah.Semua pelajar bangun memberikan ucapan terima kasih yang diketuai oleh Arfan.Kelas sebelah juga sedang mengalami situasi yang sama.Kad 'bufday' di atas meja dimasukkan ke dalam beg supaya tidak kantoi dengan kawan-kawannya yang suka memerli seperti Shah,Melan,Chubby,Solo,Shafiq,Hadi termasuk jugalah Arfan atau nama gengsternya Manta.Keriuhan diesebelah seperti menarik perhatiannya.'Ha nilah masa untuk aku tahu yang mana satu Farah yer'.Luqman memegang pen berlakon seperti sedang menulis sesuatu tetapi matanya melirik ke arah pintu.'Mengikut apa yang aku dengar melalui 'gossip girl' kelas aku, Farah ni selalu jalan dengan tiga lagi rakannya.Ke mana sahaja pasti berempat, kalau tidak pun berdua, jarang melihat salah seorang dari mereka berseorangn.Menjaga reputasi agaknya'.
   "Weh, macam mana ni? Cikgu nak tengok kerja LK hari inikan?". Suara perempuan kedengaran.Milik siapa itu tidak pasti.Matanya masih melirik ke pintu.Sekumpulan budak perempuan kelas LK lalu dihadapan kelas.Matanya ligat memerhatikan wajah itu satu persatu.
   "Korang terus balik ke Kemb?" tegur Nadia dari tempat duduknya yang terletak di belakang sekali.
   "Hauh la.Kelas LK dua masa ni,berasap lah aku dalam tu nanti," katanya lantas meneruskan perjalanan.'Bukan yang ni kot,sebab yang ni berlima.Tiba-tiba Shahir berjalan ke arah pintu depan dengan gaya kasanovanya.'Hish 'spoil' betullah, aku bukan nak tengok badan dia ni'.
   "Farah, panggil Derd jap," Shahir bersuara.'Hah! Farah? Yang tulah,tapi mana dia tak nampak pun'.
   "Weh Derd, ni apek nak jumpa," Nampak sahaja baju sekolah melintasi dihadapan Shahir, tangannya yang dari tadi digerak-gerakkan seperti menulis terhenti.Aku lalu di hadapan kelas 5 Rahmah seperti biasa.Tak adalah nak lipat tudung cantik-cantik sebab dah malas, lagipun aku penat.Dengan poyonya aku memandang ke dalam kelas 5 Rahmah.Dupp!! tiba-tiba masa seakan terhenti.Mata kami seperti bertaut.Rona merah seperti sudah mekar di pipiku.Pastas aku mengatur langkah ke bengkel LK.Zira di sebelah seperti tidak tahu situasi apa yang berlaku.Jantungku tak payah cakaplah.Macam nak meletup dengan tekanan degupannya.Semasa di bengkel aku tersenyum mengenangkan peritiwa tadi.

Beberapa bulan kemudian...

Sejak peristiwa itu, aku dan dia sudah menjadi kawan.Pernah satu hari aku tidak masuk 'prep'.Semata-mata telah merancang satu temu janji dengannya.Dia menceritakan masalah hidupnya manakala aku menjadi pendengar yang setia.Bila masa 'prep' sudah tamat.Semua pelajar berjalan untuk pulang ke dorm masing-masing.Nasib baiklah esok hari sabtu, kerja bolehlah aku tunda buat esok.Pernah juga aku lihat pasangan-pasangan berjalan bersama ketika pulang.'Tidak salah jika aku berjalan bersamanya ketika pulangkan?'
   "Weh jomlah balik.Aku tuggu kau dekat pintu kelas aku tau," aku cuba memulakan langkah.Dia hanya menganguk setuju.Rakan-rakanku setia menunggu di kelas.Tanganku mengemas alat tulis di atas meja.
   "Fau, tunggulah," Shie melaung.
   "Eh korang, aku balik dengan Luqman tau," kataku ketika itu Luqman sudah tunggu di depan kelas.Kami berjalan seiringan ke tangga.Aku dapat rasakan ada mata-mata sedang memerhatikan kami, barangkali terkejut aku dapat berjalan dengan Luqman.Hahaha dalam hati tak payah cakaplah,berkobar-kobar macam tengah jalan dengan menteri.Lalu sahaja di hadapan kelas 4 Rahmah.Tiba-tiba aku rasa malu, sebab semua mata junior memandang ke arah kami.Wah! macam pengantin pula.Hahaha..
   "Eh, jumpa esok tau," tiba-tiba Luqman bersuara ketika anak tangga telah habis untuk di langkah.Aku menganguk lantas melemparkan senyuman yang paling manis untuknya.Dia berjalan ke surau.'Ermm.. segaknya.Dah lah tinggi,'
   "Ha! Kak Farah pandai ye sekarang," Suzal menerjahku dari belakang.'Kus! semangat Hang Tuah betul'.
   "Pandai apa kau ni?" pura-pura tidak faham.
   "Tuuu..," Suzal menunjuk ke arah kelibat Luqman yang masih kelihatan.
   "Hahaha kat dorm aku cerita.Dah pergi surau cepat!"
   "Kak Farah?"
   "Aku sembahyang kat dorm,lagi pun tunggu membe aku jap". Suzal menganguk lantas bergerak ke surau di ikuti oleh Zaufie.Zaufie?? 'Hei! Budak ni kenakan aku pandai, dia pun sama.Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.Hahaha..
   "Seronok Fau?" tegur Derd dari belakang.Aku lantas memeluknya.
   "Adakah ini di namakan cinta,"
   "Haa dah mula dah tu," Shie menyampuk.
   "Jom makan weh, aku laparlah," Zira memberi cadangan.Aku meleraikan pelukan.Macam nilah kalau dah suka sangat.Kami berempat berjalan menuju ke DEMA, bukan terus ke surau.Tetapi kami ni bukanlah jenis suka meninggalkan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Tanggungjawab itu akan dilaksanakan di dorm masing-masing kerana lebih selesa.Selesai makan, seperti biasa arah tuju seterusnya pastilah di hadapan bilik elektrik.Beg kami sangkutkan di setiap tombol pintu yang ada.Ingat lagi satu ketika dahulu, aku pernah merancang mahu memecahkan pintu stor yang ada di bawah tangga semata-mata ingin mewujudkan sebuah pejabat untuk Band kami.Dah duduk kat lantai ni.Sekian pula nak tunggu exco-exco ni balik buka kunci grill.Yang junior pula duduk bertenggek depan grill tu kononnya ingin mendapatkan 'turn iron'.Aku tak pernah 'iron' awal-awal, mesti dalam pukul 12 dan ke atas, sebab masa tulah bertenggek 'charger-charger' haram ni berfungsi.Aku sebagai senior yang memang pantang kalau ada orang cas 'phone' haram mereka masa aku nak menggosok baju, cabut je 'charger' tu kesah apa aku.Pernah juga semasa aku sedang menggosok baju sekolah, adalah seorang junior ni berborak dengan 'kekanda' dia.Boleh muntah hijaulah kalau dengar.Nasib baiklah aku dalam mamai-mamai ayam, tak terkeluarlah muntah hijau itu.Pergilah borak dalam selimut ke, bawah bantal ke.Aku hanya menggeleng.Kedengaran exco membuka grill.Berlari-lari budak-budak 'lower' ni.'Terlanggar aku siap korang!'.Kami melangkah dengan malasnya untuk memanjat ke dorm masing-masing.Yang pastinya akulah orang yang paling 'last' sekali menjejakkan kaki ke dorm.Aku seperti sudah lali dengan anak tangga yang banyak kerana setiap hari tangga inilah yang aku panjat.Rasa penat itu seperti tidak ada.Sampai sahaja di dorm aku terus mengambil buku rujukan fizik, mengaktifkan sesuatu di dalamnya.Kemudian aku menukar pakaian untuk menunaikan kewajipan dahulu kemudian barulah aku membaca nota sejarah.Kebanyakkan rakanku kata aku 'master of history subject'.Ermm kata-kata itu salah, aku tak tahu aku boleh skor subjek apa.Nak kata matematik atau matematik tambahan, tidak dapat dinafikan otak aku memang lembab dalam mengira.Meskipun masih dibantu oleh kalkulator.
   "Woi, baca surat cinta ke?" tegur Alia tiba-tiba.
   "Eh, tak lah, aku baca nota sikit,"
   "Tak cerita pun kan," katanya sambil datang mendekatiku setelah pakaiannya ditukar.
   "Cerita apa ni?,
   "Kau dengan Luqman lah,"
   "Ohh..kawan biasa je lah,"
   "Tipu!!,"
   "Hahaha..kejap lagi aku cerita, kita tunggu Suzal dengan Shyra tau,"
   "Okey! Tunggu aku tau, nak ambil barang kat dorm Eton jap,"
   "Okey boss!" aku memberikan tabik hormat.Ketiga-tiga teman baik di dormku telah sedia menadah telinga mereka untuk mendengar ceritaku.Yang paling tak tahannya, Alia siap bawa biskut jagung kepunyaan Suzal lagi.Macam tengah tengok wayang pula.
   "Woi ABC, cepatlah cerita!" Shyra membaling bantal ke arahku.'Hish Cendol ni, mencabar kemarahanku'.
   "Ntah Kak Farah ni, cepatlah cerita," sokong Suzal.Alia sudah mempamerkan wajah bosan sambil mengunyah biskut jagung.
   "Yela, aku na cerita tapi malu lah,"
   "Kau tak nak cerita, biar aku tanye Luqman esok," ugut Alia.
   "Tanya je Kak Lia, biar dia ni malu,"
   "Eh..suka hati je, macam ni...," aku menceritakan kepada mereka bertiga dari A hingga Z, sehingga masing-masing terlentang di atas katil aku dan Suzal.


   "Eh, tapi Anum cakap kau 'single' sekarang kan?" Awal bertanya usai aku menceritakan semuanya.'Ha sudah apa aku nak kelentong mamat ni'.Aku melotarkan pandangan ke tasik.
   "Huhh," aku mengeluh.
   "Kat tasik tu ada ke nakhoda Luqman tengah berlayar?" aku memandang muka Awal dengan perasaan marah.
   "Janganlah kacau, sibuklah kau ni!"
   "Aku pula sibuk? Eh, hujung minggu ni teman aku pergi beli barang sikit boleh?" aku memandang Awal dengan 1001 pertanyaan.'Tak pernah dia mengajak aku berjalan, tapi orang cakap rezki jangan di tolak, biarkan Anum sorang-sorang dalam rumah'.Hahaha..
   "Kau nak beli apa?"
   "Beli 'mak ayam' "
   "Hahh?!" aku mempamerkan wajah terkejut yang amat buruk.
   "Jangan banyak tanyalah, ekot je nanti," katanya lantas bangun dari situ.Aku membiarkan Awal pergi meninggalkanku. Tiba-tiba..
   "Woi!" tudungku ditarik dari belakang.
   "Kau nak tidur sini ke? Warung aku dah nak tutuplah," habis herot tudung aku.
   "Kau ni Wal! Tak cari pasal dengan aku tak sah ke? Dah buruk muka aku dengan tudung gini," aku meniup-niup tudung di bahagian atas.
   "Dah tak payah nak lawa-lawa sangat, dah kau memang buruk pun, hahaha," aku lantas bangun dan mengejarnya.Kami berkejaran seperti dalam filem Hindustan.Nasib baik tak ada pelanggan, kalau tidak mungkin mereka fikir aku dan Awal remaja 'sindrom'.Hahaha..Hari itu sangat bahagia bagi aku.

   "Wei, kau lawa-lawa ni nak pergi mana?" soal Anum ketika aku melintasi ruang tamu.Barangkali dia terkejut aku keluar pada hujung minggu.Yelah biasanya aku akan menghabiskan masa di bilik sambil menyiapkan tugasan.
   "Aku ada 'date' dengan Awal," kataku dengan selamba untuk melihat riaksi Anum.
   "Mimpi apa korang ni?" Anum memandangku dengan senyuman mengusik.
   "Kau jangan nak otak mereng, dia ajak aku teman dia beli barang sikit," aku cuba menjelaskan perkara sebenar.
   "Beli barang ke, beli cincin?" Anum memerliku.'Cish! kalau bab nak mengenakan aku, kaulah juaranya'.
   "Eh, kau tak nak ikut aku ke?" aku cuba mengubah topik.Kalau berdebat dengan dia ni, belum tentu aku menang.
   "Tukar topik nampak? Aku nak ikut? Tak pasal-pasal Awal suruh aku turun sebab kacau korang," sindirnya lagi.'Terkena lagi aku nampaknya'.Aku membaling bantal ke arah Anum.
   "Woi, kenapa ni? Betullah kan?"
   "Aku dengan Awal kawan jelah.Aku cekik kau nanti baru tahu,"
   "Kawan? Kalau korang kahwin nanti, aku nak jadi pengapit kau boleh?"
   "Dengan siapa pun aku kahwin, jawatan pengapit aku dah ditempah,"
   "Amboi, siapa?"
   "BFF Zany akulah, kalau kau nak, aku bagi kau pegang bunga mangga je ok?"
   "Arhh, tak nak aku," Anum buat muka protes.'Eh, untunglah aku bagi jawatan, dari aku suruh tolong cuci pinggan?'.Bunyi hon kereta kedengaran di luar rumah.Aku meninjau melalui tingkap.'Sah, kereta Suzuki Swift milik Awal sudah terpacak di depan rumah sewa kami.Aku mengambil beg Paul Smith yang dibeli ketika ke Danau Kota bersama Derd dahulu.
   "Aku pergi dulu tau,"
   "Jangan nakal-nakal ye?" sindir Anum sambil melambai-lambai ke arahku.'Macam menghalau pun ada'.
   "Tak adanya aku nak nakal, kau jangan nak pecahkan pinggan kat dapur tu sebab aku tak masak,"
   "Mamak kan ada.Hahaha," Anum ketawa.Aku masuk ke dalam kereta milik Awal.Kalau layan Anum, memang tak geraklah kereta Awal ni.Kereta Awal meluncur laju membelah jalanraya.Awal kelihatan segak hari ini, tidak seperti hari-hari yang lain.Lebih jelas mempamerkan wajahnya yang putih seperti kacukan cina dengan berkaca mata hitamnya.Aku terpegun melihat ketampanan Awal pada hari ini.
   "Kenapa senyap je? Tertelan lipas ke?" Awal memulakan perbualan.'Macam tak ada benda lain nak teka'.
   "Dah tu? Tak kan nak suruh aku membebel?"
   "Kalau kau membebel, aku tinggal kat jalan je.Hahaha.Tanyalah aku sihat ke? Dah makan ke?"
   "Buat apa nak tanya? Dah tentunya kau sihatkan? Kalau belum makan, singgah je warung cendol kau tu, telan dengan mangkuk-mangkuk sekali?" Tangan aku pantas menekan punat radio.Layan Awal ni, sama je macam layan Anum tu.Aku memang tak akan menang.
   "Hey, kau nak tekan apa tu?" Awal menegurku setelah aku menekan semua punat yang ada di 'dashboard'.
   "Aku nak dengar radiolah, sakit telinga dengar DJ sebelah aku ni bercakap,"
   "Yelah, jangan sembarangan tekan.Nanti meletup.Hahaha," Awal mentertawakanku.'Dia ingat aku bodoh sangat ke? Tahulah aku tak ada kereta lagi'.
   "Kau cakap lagi, aku masukkan pencungkil gigi dalam tempat 'disc' ni,"
   "Opps, okey tutup mulut," Awal membuat dengan gaya-gayanya sekali.'Tahu pun takut'.Lagu yang kedengaran seperti menyimpan sejuta kenangan bagi aku.Tanganku lantas memutar tombol radio.'Ya, aku dah ingat.Ni lagu Spider, sampai ke tulang'.Awal di sebelah menggerakkan bibir mengikut lirik lagu tersebut.
   "Nyanyi jelah, nak bersenandung pula,"
   "Nanti pencungkil gigi tu melompat masuk dalam tempat 'disc' aku," perlinya.


Lady's Night Form Five...

   "Kak Derd, mana baju untuk malam ni," soal Khalilah junior dorm Derd ketika itu.Derd yang sedang mentelaah ilmu kimia terhenti apabila soal tentang baju di utarakan.
   "Baju aku ada dengan Kak Farah," jawab Derd selamba.
   "Kenapa ada dengan Kak Farah pula?"
   "Dia yang 'settle'kan pasal baju, aku bawak turun tudung je nanti," perkara yang sama berlaku pada dua lagi rakanku.Tetapi lain pula bagi aku.Baju untuk Lady's Night telah aku sorokkan di dalam loker.'Kenapalah aku yang menjadi mangsa untuk menyimpan baju ini.Mungkin kerana loker di dorm aku besar dan sesuai untuk segala harta disumbat ke dalamnya'.Pastinya pada malam ini kebanyakkan warga aspuri akan memakai pakaian yang cantik, bersinar dan pelik.Lain pula bagi aku dan tiga lagi ahli Zany, satu kejutan akan dilakukan.Selepas makan tengahari tadi, Shie sudah memberitahu kami bertiga supaya turun ke bilik 'study form five' untuk membuat persiapan pada malam ini.Zira dan aku telah ditugaskan untuk membawa turun 'T square'.Manakala, Shie dan Derd pula membawa penyodok dan baldi masing-masing.Tepat jam tiga petang, kesemua sahabatku telah terpacak di dalam bilik 'study' dengan peralatan masing-masing.
   "Eh Derd, kau dah cakap belum dengan Mijah kita nak buat 'show' malam ni?" soal Zira inginkan kepastian.Aku dan Shie sibuk mencari lagu yang telah die persetujui untuk persembahan malam ini.
   "Dah, dia cakap kita je 'form five' yang buat persembahan malam ni, kira wakil jugalah.Memang gempaklah beb," kata Derd dengan penuh semangat.
   "Ye ke beb?" aku menyampuk.
   "Hahaha, memang tak di buat orang kita ni, dengan bajunya lagi," Shie menyokong.
   "Eh, berapa lagu kita nak main ni?" tanya Derd sambil tangannya menyusun baldi dan penyodok.
   "Lagu spider tu kita 'mimic' je.Lagu rasa yang tertinggal tu aku dengan Fau nyanyi.Bolehkan Fau?" tanya Derd.'Hahh, kenapa mesti aku?.Akukan 'guitarist' '.Aku terkejut dengan cadangan Derd.
   "Eh, benda kau ni? Kau jelah nyanyi.Kau nak aku lupa lirik ke?" aku cuba membantah.
   "Alah Fau, aku seganlah nyanyi sorang-sorang.Kau ambil lirik yang pendek je, biar aku bawak yang panjang sikit tu.Korus kita sama-samalah.Amacam okey?" Derd mencadang.'Ermm, kesian pula aku tengok muka mengharap dia, tapi aku tak kesah pun, boleh jual suara sikit.Hahaha'.Aku tersenyum.
   "Okeylah, aku bawak lirik tu," aku setuju.Derd memelukku.Barangkali gembira.
   "Thank you Fau," Shie dan Zira hanya memandang sambil menggeleng dengan gelagat kami.
   "Dah, jom berlatih cepat.Peluk-peluk pula," marah Shie.sambil mencapai 'hanger' yang sudah patah.Sesi latihan kami dinilai oleh Amie.Siap duduk atas meja sambil tepuk tangan bila ada 'part' kami melompat.

Selesai solat Isyak, warga aspuri sibuk menyiapkan diri untuk Lady's Night pada malam ini.Setiap form sudah ditetapkan tempat masing-masing supaya tidak perlu bersusah-payah untuk bersiap di dorm.Aku dan teman yang lain hanya duduk di tempat lepak kami.Memikirkan di mana untuk bersiap, bukan tidak mahi menyertai pelajar 'Form Five' yang lain.Tetapi kami segan dengan pakaian yang bakal kami tampilkan.Ringkas sahaja, tidak seperti pelajar lain yang bajunya bersinar di bawah cahaya rembulan.
   "Weh korang, aku tahu nak tukar kat mana," Zira mendapat idea.Kami semua mempamerkan wajah ingin tahu.
   "Kat bilik belakanglah.Budak 'Form One' mana boleh masuk, kan kunci dari dalam," macam manalah kami semua tidak terfikir langsung tentang bilik itu.Tanpa melengahkan masa, kami bergerak masuk kedalam bilik berkenaan.Bunyi bising kedengaran di luar, barangkali semua telah bersiap dengan pakaian yang cantik.
   "Huyoo Nadee, kau wakil model 'Form Five'kan?" tegur Hanie.
   "Dah semua tak nak, aku masuklah.Mencuba nasib," jawab Nadee selamba.Kami berpandangn ketika perbualan mereka kedengaran.
   "Weh, cuak pula aku nak keluar," ujar Shie sambil mundar-mandir dalam bilik itu.
   "Lek lah, bukan kita pakai jeans pun," aku cuba menenangkannya.
   "Memanglah Fau, kau faham tak? Kita ni pakai baju tidur, tak pernah-pernah senior sebelum ni buat macam kita," Shie berkata sambil memegang mukaku.
   "Dah jomlah keluar, duduk dalam ni lipas keluar padan muka," Zira mengajak sambil mengheret aku aku.Muka Shie dan Derd tak payah cakaplah masing-masing macam mayat apabila terdengar perkataan lipas.
   "Weh, sabarlah," Derd mengikuti kami.Semasa di luar, junior-junior yang melihat kami berbisik sesama sendiri.'Macamlah tak pernah tengok orang pakai baju tidur' aku bermonolog.Ada juga junior yang yegur kenapa pakaian kami begini, hanya senyuman yang mampu di ukir untuk mereka.Masuk sahaja kedalam dewan yang terang benderang, kami menjadi tumpuan aspuri.Macam biasa muka kami memang tak ada perasaan.Kami berjalan ke meja 'Form Five' lantas duduk sambil berbual sesama sendiri.
   "Weh korang, terbaiklah baju tidur 'Lady's Night'," tegur Aniah sambil menunjukkan ibu jarinya.
   "Haha, tak ada orang pernah buat kan?" Derd menjawab.
   "Korang buat 'show' ke?"
   "Hauh, tengok je nanti," kami berempat jawab serentak.Malam 'Lady's Night' dimulakan dengan kedatangan warden aspuri dengan 'red carpet'. Kemudian barulah bermula  sesi para model  memperagakan pakaian mereka.Satu dewan bertepuk tangan melihat para model beraksi di atas pentas.Memang tidak sangka yang warga aspuri mempunyai bakat yang terpendam masing-masing, boleh mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World akan datang.Selesai para model beraksi dengan pelbagai gaya, sekarang tibalah masa yang sangat dinantikan, iaitu persembahan setiap ‘Form’ dimulakan dengan warga yang paling muda seterusnya barulah tiba giliran kami berempat.Perasaan gementar itu tidak payah cakaplah, memang sejak dari asrama lagi dah rasa.Kami naik ke atas lantas menyusun peralatan seperti yang telah dirancang.Kami mengambil posisi masing-masing, muzik dipasang, persembahan pun bermula.Derd membuat lagak ‘mimic’nya, begitu juga kami bertiga. ‘Part’ melompat serentak yang telah dirancang sebelum ini aku sendiri telah merosakkannya hal ini disebabkan lagu yang dimainkan kurang kedengaran.Walaupun aku telah merosakkannya, nasib baiklah aku ini jenis yang pandai kawal kerosakkan tersebut.Muka tak payah cakaplah, tembok tebal seinci.Hahaha..Tapi lepas itu tidak semena-mena kami bertiga melompat serentak, satu dewan bertepuk tangan dan menjerit-jerit macam betul-betul tengah layan konsert artis.

   "Okey, dah sampai pun," Awal mematikan lamunanku sebentar tadi.Aku memandang sekeliling.'Macam dekat World of Tambun  je'.
   "Lahh, ingat nak bawa aku keluar dari Perak ni,"
   "Kau nak kemana? Golok ke?Hahaha".'Ceh, terkena aku'.Aku pantas keluar dari kereta, malas melayan pertanyaan Awal yang sememangnya sedang memerliku.
   "Eh! Tunggulah aku".Awal mematikan enjin keretanya.Pantas mengekoriku dari belakang.Terasa seperti ada seseorang sedang memegang tali beg Paul Smithku.Aku menoleh, ternyata itu bukan Awal, tetapi orang yang kurang siuman.Aku memegang erat tali beg.
   "Hey! Jangan kacaulah!" Aku memarahinya.Apa yang aku lakukan seperti tidak menakutkannya langsung.Barulah sekarang aku terfikirkan Awal.'Ha! padan muka, jalan sorang-sorang lagi'.Tiba-tiba lelaki itu ditarik dari belakang.
   "Awal! tolong aku".Aku separuh menjerit.Awal menumbuk mukanya.Bibirnya kelihatan berdarah.Ketika itu barulah muncul 'security guard' yang bertugas di situ.Mereka menggari orang gila itu.Aku melihat ada luka kecil di tangan Awal, aku menjadi serba salah.Awal datang ke arahku.Dia menarik lengan bajuku.
   "Lain kali jalanlah sorang-sorang lagi.Nanti apa-apa jadi kat kau, aku nak jawab apa dengan keluarga kau?".Awal tidak memandang langsung mukaku.Aku menjadi takut melihat wajah Awal ketika itu.
   "Sorrylah".Aku menjawab sepatah.Setelah masuk ke dalam Pasaraya, Awal melepaskan lengan bajuku.Mungkin dia perasan yang aku tidak suka diperlakukan seperti itu.Sunyi seketika di antara kami.Awal masih meneruskan perjalanan, aku tetap setia mengikutnya.Tiba-tiba Awal berhenti.
   "Lapar tak? Jom makan dulu?" Katanya sambil menunggu reaksiku.Aku memandang Awal tapi soalannya tidakku jawab.Entah mengapa dari dalam kereta lagi aku begitu terpegun dengan cara penampilan Awal ketika ini.Awal yang aku kenal selama ini tidak seperti ini.Awal yang ada di depan mataku sekarang adalah Awal yang lain, dengan pakaiannya yang berjenama, rambutnya yang kemas, nampak seperti anak orang kaya.
   "Hey, aku cakap dengan kau ni", katanya lagi sambil melambai-lambai ke arahku.
   "Ha? Yelah, aku ikut kau je", balasku selepas memikirkan jawapan untuknya.Awal berjalan mendahuluiku ke arah kedai ais krim Baskin Robbin's.'Lah, makan benda ni ke? Tak kenyang langsung'.Rungutku.Awal menyuruhku duduk, manakala dia pergi ke kaunter untuk memilih aiskrim.Aku melihat keadaan sekeliling.Ramai juga pasangan-pasangan sedang menikmati keenakkan aiskrim di sini.'Alamak! Lupa pula aku nak bagitahu Awal yang aku tak makan aiskrim perisa kopi'.Awal datang ke arahku dengan dua mangkuk aiskrim di tangannya.Dia mengambil tempat bertentangan denganku.
   "Nah, makanlah. Jangan malu-malu". Ujarnya sambil menghulurkan aiskrim kepadaku.
   "Perisa apa ni Wal?"
   "Kopi".
   "Ermm, kopi ke?" Aku mencebik lantas mendekatkan mangkuk aiskrim itu ke arahku.
   "Hahaha.Coklatlah, aku tahu kau tak minat kopi," Awal ketawa.Aku senang melihatnya ketawa seperti selalu.
   "Ei, kau main-mainkan aku ek?" Aku inginkan kepastian.
   "Coklat, rasalah dulu," Awal meyakinkanku.Aku mencedok aiskrim berkenaan masuk ke dalam mulutku.'Ermm, coklat-coklat'.Aku senyum kepadanya.
   "Aku tak tipu kan?" Katanya sambil menunggu jawapanku.
   "Yelah, aku takut kau tipu aku je".
   "Hahaha, kau ni Yiez makin comellah kalau cuak". Dengan pantasnya aku memijak kakinya yang berada di bawah meja.
   "Woi, Sakitlah!"
   "Padan muka kau.Siapa suruh bagi statement merepek macam tu".Aku tertarik apabila terlihat wallet milik Awal.Idea jahat aku tiba-tiba datang.
   "Nak tengok muka budak comellah", kataku pantas tanganku merampas walletnya.Awal tidak sempat untuk mengambilnya kembali dariku.Aku membuka walletnya.Pertama sekali tujuanku adalah untuk melihat kad pengenalannya.Mataku seperti terpaku seketika 'Raja'.Aku memandang Awal dan inginkan kepastian.
   "Raja Azwal Qazdril bin Raja Hisyam?"
   "Ye saya". Awal tersenyum.
   "Kau tak pernah pun cakap dengan aku yang kau ada keturunan Raja".
   "Dah kau tak tanya".Aku masih membelek kad pengenalannya.
   "Wajib ke?".Aku menyerahkan kembali wallet kepada Awal.Aku menyambung kembali sesi memakan aiskrim.Begitu juga dengan Awal.Sepi seketika.Aku memandang sekeliling.Mataku terpaku pada susuk tuduh yang amat aku kenali.Wanita itu berjalan menuju ke Baskin Robbin's dengan seorang lelaki.Pakaiannya jelas seperti sedang bekerja.Yang pasti, aku amat mengenali wanita tersebut.Dia ke kaunter, mataku masih memandangnya.
   "Woi, asal kau ni!" Awal menyepak kakiku.Aku tersentak.
   "Aku rasa macam kenallah dengan perempuan ni," ujarku, mata masih lagi memandangnya.
   "Client kau kot," Awal meneka masih lagi meneruskan sesi bersama aiskrimnya.Aku membiarkan Awal dengan teka-tekinya.Wanita itu mengambil tempat bersebelahan dengan tempat duduk kami.
   "Hey, kau pandang yang perempuan ke yang lelaki?" Awal menegur.
   "Perempuanlah sengal!"
   "Huhh, nasib baik.Aku 'jealous' kau pandang lelaki tu," ujar Awal selamba.Sekali lagi aku memijak kakinya.Kali ini Awal berjaya melarikan kakinya.Dia menjelir ketika aku menunjukkan buku lima.Awal hanya ketawa.
   "Wal, boleh tolong aku tak?"
   "Apa dia?" Sambil memandangku.Hendak tersembur tawaku apabila melihat mukanya comot terkena aiskrim vanilla kesukaannya.
   "Weh, kalau ye pun lapar sangat jangan menunjuk.Hahaha," pecah juga  tawaku akhirnya.Awal seperti tidak tahu kenapa aku gelak.Aku menghulurkan tisu ,Awal pantas membersihkan mulutnya.
   "Nasib baik kau sorang je yang perasankan?" Aku tidak menjawab pertanyaannya.
   "Boleh tak Wal tolong aku?"
   "Kau ni berapa kali nak tanya soalan yang sama ha?!"
   "Heehee, kau tanya nama awek sebelah meja kita ni" Awal menoleh, lantas menggelengkan kepalanya.
   "Kau gile ke?Nak aku kena pukul?"
   "Alaaa, aku bukan suruh kau mengorat dia.Just tanya nama tu je,"
   "Asal kau ni terdesak sangat nak tahu nama dia? Cari je dekat senarai list client kau,"
   "Kau ingat list tu macam bil cendol kau ke?!" aku mula marah dengan gurauannya.
   "Yelaa, kejap aku nak fikir macam mana caranya," Awal bangun lantas menuju ke kaunter.Aku sendiri tidak tahu apa yang Awal akan lakukan.Awal berjalan dari kaunter menuju ke meja kami, tetapi agak rapat ke meja sebelah, Aku hanya tersenyum ketika Awal menunjukkan ibu jarinya.Tiba-tiba Awal melanggar meja sebelah, terjatuh satu bekas yang mengandungi 'business card'.Aku sendiri terkejut dengan apa yang dia lakukan.Tanpa disuruh, Awal segera meminta maaf kepada mereka berdua.Aku tunduk untuk mengambil  'business card' yang terjatuh.Mataku seperti terpaku pada nama yang tertera pada kad itu.'Miss Syifa' Syamimi'.Semasa aku menyerahkan kad itu secara automatik aku menyebut.
   "Kak Syifa'!!" Riak wajahnya seperti tekejut.Lama kami berpandangan.
   "Fara??" Aku mengangguk tanpa di pinta.


Alamakk! Macam mana boleh tak sedar ni? Dah berlambak 'missed call' dari Shie ingin mengingatkanku.Aku lantas mencapai tuala di pintu menuju ke 'shower' dengan keadaan yang terkocoh-kocoh.Di luar kedengaran 'phone' menjerit-jerit pinta di angkat.Pasti pemanggilnya adalah Shie.Usai mandi, aku memilih baju yang tidak perlu di gosok.Telefonku menjerit lagi.
   "Woi, nak pergi tak nak!" Shie menjerit di talian.
   "Nak lah, aku tengah bersiap ni kau 'call' aku ni macam mana aku nak bersiap,"
   "Okey lah, kau kalau tak nak pergi cakap lah, aku nak sambung tidur ni,"
   "Pergi-pergi," Aku mematikan talian.Aku mecapai tudung yang sudah siap di gosok pada malam tadi.Agak-agak macam tak pakai tudung saji, aku mencapai pula beg paul smith di katil, menyumbat segala benda di dalamnya.Aku bergegas keluar menuruni tangga dan mengambil motor di garaj.Jam menunjukkan pukul 9.45, lagi 15 minit bas akan lalu di simpang nursery.Aku memulas tombol sehabisnya.Sesampai sahaja di nursery, aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap.Aku menoleh kebelakang.'Ya Allah! Aku tak ambil Shie lagi'.Tanpa membuang masa, motor yang kini mati dihidupkan semula.Aku memecut kerumah Shie.Aku melihat Shie sudah memegang pinggangnya, sebelah tangan lagi sibuk mendail nombor aku barangkali.Tiinnn!Bunyi hon.
   "Woi, asal lama sangat ha!? Shie memarahiku.
   "Aku tak sedarlah, cepatlah, bas tak sampai lagi ni" 

Sampai sahaja di Bentong, tidak lain tidak bukan hala tuju kami yang pertama pastinya ke kedai novel.Membelek segala novel yang ada, membaca sinopsis, melihat cover yang cantik dan menarik.Yang pastinya bukan sekarang untuk membelinya, kerana susah nak bawa novel yang berat tu kehulur-kehilir.
   “Dah pukul berapa ni?” Shie memandang jam di tangannya.
   “Baru 12 beb,” aku membalas.
   “Kak Syifa’ cakap pukul berapa dia sampai?”
   “Dia naik bas dari sana pukul 12 lah, dalam setengah jam lagi sampailah,” terangku.Shie mengambil tempat duduk di sebelahku.Kami berdua menanti dengan penuh setia.Pertemuan ini di rancang seminggu sebelum tarikhnya. Lagi pula aku dan Shie sedang cuti menganggur, kak Syifa’ pula sedang cuti semester.Masing-masing tidak sabar ingin berjumpa, pasti ada sesuatu yang akan menjadi bahan tawa.Sedang aku dan Shie duduk seperti seorang penganggur yang menuggu kerja, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berbaju PLKN menegur kami.
   “Weh, sombong ye korang?” tegur lelaki itu.
   “Eh, Hayat!” serentak kami bersuara.Hayat memandang kami sambil tersenyum.
   “Balik ke minggu ni?” Shie mengajukan soalan.
   “Hauh, balik cuti seminggu. Korang buat apa kat sini? Dating ek?” Hayat mengusik.
   “Hahaha, bukanlah, kitaorang nak jumpa kak Syifa’ “ Shie menjelaskan perkara sebenar kami ke Bentong.
   “Hauh la Hayat, kalau nak dating pun tak kan lah berduakan? Pasti berempat,” aku ketawa.
   “Ada-ada je korang ni.Amacam ? sambung belajar mana lepas ni?” Tanya Hayat sambil duduk mengahadap kami.
   “Ermm, entah la Hayat aku rasa macam tak ada harapan je,” aku menceritakan apa yang terbuku di hati.
   “Aku pun sama, kau dapat mana Yat?”
   “Aku dapat Poli, tapi inteck Disember nanti, alah korang janganlah risau, rezeki Allah tu banyak” Hayat menenangkan kami.
   “Aminn~,” serentak kami menyapu muka.Sedang seronok berbual, kelihatan bas Mara Liner lalu di sebelah kami.Mataku terpandang kak Syifa’ yang berada di dalam bas tersebut.
   “Ha, tu pun kak Syifa’ dah datang!” aku separuh menjerit.Mata kami semua tertumpu pada gadis yang bakal turun dari bas berkenaan.
   “Hai korang,”
   “Akakkk….,” serentak aku dan Shie memeluknya.
   “Eish korang ni buat malu je lah kita dekat tempat umum ni,” marah kak Syifa’.
   “Alah kak, kita bukan lain jantina pun, kalau lain yelah dengan jabatan agama datang serang.Hahaha,” Shie melawak.
   “Diaorang pun tahulah kita lama tak jumpa, akak kan belajar kat LONDON,” perkataan London itu sengaja aku kuatkan.
   “Merepeklah Fara ni.Hahaha,”
   “Ehem-ehem,” Hayat menegur.Kami bertiga serentak memandangnya.Malu pun ada sebab lupa ingatan sebentar.
   “Eh, lupa pula ada Hayat dekat sini,”
   “Hayat, jomlah join kiteorang makan dekat ‘Secret Recipe’,” aku mngajaknya.
   “Hauh, jomlah, kiteorang nak ‘celerate birthday’ aku dengan Fau kat situ,”
   “Ermm, okey.Tapi aku kena pergi Hospital kejap.’Phone’ aku tertinggal dekat sanalah,”
   “Hospital!!,” kami bertiga serentak menjerit.
   “Siapa masuk Hospital Hayat?” Shie mengajukan soalan yang semua ingin tahu.
   “Hahaha.Tak ada siapalah, kawan aku melawat pakcik dia kat sana.’Phone’ aku ada dalam beg dia,” Hayat menerangkan dengan teliti.
   “Ohh, buat suspens jelah kau ni,”
   “Eh, aku pergi dululah.Nanti jumpa dekat SR ye.Nah aku belanja korang,” Hayat menghulurkan not RM50 kepadaku.Aku terpana sebentar.
   “Eh, tak payahlah,” aku menolak.
   “Tak apalah, ni duit gaji pertama aku.Aku ikhlas nak belanja korang, tak pun anggap je hadiah ‘birthday’ dari aku,” Hayat berkeras.Aku tidak bercakap panjang lantas mengambilnya dari tangan Hayat.Hayat berlalu meninggalkan kami bertiga di situ.Kak Syifa’ dan Shie tersenyum penuh bermakna kepadaku.
   “Jimatlah duit akak,” aku memandangnya.
   “Hahaha. Macam mana Fara tahu?”
   “Eish, tak baiklah akak ni, orang tu ikhlas nak belanja.Dah jom kita ‘enjoy’,” Shie menarik lenganku dan kak Syifa’ menuju ke SR.Sampai sahaja di hadapan SR.Masing-masing seperti orang kampung.
   “Akak, ni pertama kali orang masuk tempat orang kaya,” Shie merendah diri.
   “Hahaha. Orang kedua kali, dulu masuk dengan kak Manja,”
   “Akak, kejap! Nak letak mana air yang kita minum ni?” kataku ketika mereka seperti mahu masuk.
   “Hauh la kak, orang pun terlupa, nak letak mana ni?” Shie baru perasan yang di tangannya juga ada air.
   “Akak tahu, korang letaklah dekat tepi dinding tu.Macam selalu buat.Hahaha,”
   “Tak berdosakan kak?” Shie menanya soalan tadika.Aku menuju kearah dinding yang di maksudkan, lantas meletak air yang di beli sebelum bertemu dengan kak Syifa’.Shie mengikut perlakuanku.
   “Akak la masuk dulu,” aku memberi cadangan sambil menolaknya.
   “Kita masuklah sama-sama,”
   “Kitaorang mana tahu macam mana kak. Akak masuk kitaorang ikutlah,” Shie menyokong.
   “Okey, tapi berlagaklah macam orang yang selalu masuk. Ni main tolak-tolak jelas sangat tak pernah masuk,” Kak Syifa’ berjalan menuju ke pintu masuk Secret Recipe.Lagak jalannya seperti yang di katakan tadi.Buat sahaja seperti selalu masuk, jangan jadi manusia kampung.Aku dan Shie mengikutnya dari belakang.Tidak ramai pelanggan yang ada di dalam SR, ada yang seperti berbincang tetang kerja.Kak Syifa’ memilih tempat yang agak terlindung, yang pasti kedua-dua tempat duduknya adalah sofa, kerana apabila masuk tadi ketiga-tiga kami berebut untuk duduk di atas sofa.Kalau suara masing-masing boleh kawal tak mengapa juga, menggangu orang adalah.
   “Eh akak lupalah, kita kena pilih kek dulu,” Kak Syifa’ bangun lantas menuju ke kaunter.Aku dan Shie berpadangan.
   “Eish korang, temanlah akak,” Kak Syifa’ menarik lengan kami berdua.
   “Ingat nak tolong pilihkan tadi,” aku menyampuk.Kami membuat pemilihan empat jenis kek pelbagai rasa.Setelah selesai berurusan dengan orang kaunter, kami kembali duduk ke tempat tadi, berbual-bual sambil menunggu kedatangan Hayat.Aku memandang keadaan sekeliling, tiba-tiba aku ternampak teman bilikku sewaktu di kem PLKN. Dia seperti perasan yang aku sedang memandangnya, lantas aku bangun mendekatinya. Hanna, itulah nama panggilannya semasa di kem.
   “Hai, apa khabar kau sekarang,” tegurku sambil menghulurkan tangan. Hanna menyambut dan tersenyum.
   “Baik, kau dengan siapa tu?”
   “Ohh, kawan aku.Nak sambut birthday je. Kau dapat sambung mana Hanna?”
   “Aku dapat UIA, kau,” aku mengambil nafas untuk menjawab soalan yang diberikan.
   “ Ermm, tak tahu mana lagilah.Gee dengan Aida dapat matrik Gambang kaw tahu kan?”
   “Aku tahu, hari tu Gee masej aku,”  Sedang aku dan Hanna asyik berbual, tiba-tiba Hayat menegurku dari belakang.
   “Fau, mana tempat?” Hayat tanya. Aku menunjukkan ke arah Shie dan kak Syifa’.Hayat jalan menuju kea rah mereka yang sedang rancak berbual.
   “Budak PLKN? Pakwe kau ke?” Hanna bertanya selepas Hayat berlalu.
   “Bukanlah, kawan baik aku tu, jumpa dia ajak join sekali,”
   “Eh, kawan aku dah panggil la, nanti kalau ada apa-apa kau contact aku tau Fara,” Hanna memesan kepadaku sebelum dia bersama rakannya.Hanna memeluku.Aku terasa malu di perlakukan seperti itu.Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa. Aku bergerak menuju ke meja yang dari tadi rancak berbual.Tentang apa, aku sendiri tidak tahu.Semasa aku duduk, makanan yang di tempah sebentar tadi sudah pun tersedia.


   “Akak kerja apa ni? Pakaian macam ahli korporat je orang tengok,”
   “Akak QS laa, ni client akak, Zahid,” kak Syifa’ menunjuk ke arah jejaka tampan di hadapannya. Awal dan Zahid saling berjabat tangan.
   “Ni siapa pula,” kak Syifa’ bertanya sambil memandang Awal setelah perasan yang aku juga bukan keseorangan.Awal memandangku dengan keningnya di angkat-angkat. Aku mempamerkan wajah bosan.
   “ Ni kawan, dia ajak teman cari barang sikit. Ha Awal, ni akak aku Syifa,” aku mengenalkan kak Syifa’ kepada Awal. Awal senyum lantas kembali ke tempat duduknya.
   “Ha, Fara sekarang macam mana?” soal kak Syifa’ bagi meneruskan sesi perbualan kami.
   “Macam mana lagi kak, macam ni jelah. Tak ada perubahan pun,”
   “Hahaha, bukanlah. Maksud akak, Fara kerja apa sekarang?”
   “Kerja biasa-biasa je,” aku merendah diri.
   “Dia sekarang tukang design rumah orang,” tiba-tiba Awal menyampuk. Secara automatik kakiku menendang kakinya di bawah meja. Meja yang kami duduk kelihatan bergegar sebentar.
   “Really! Hebatlah Fara sekarang,”
   “Alah, akak pun apa kurangnya kan,” kami berdua ketawa serentak.
   “Ehem-ehem,” Zahid di sebelah tiba-tiba ingin menegur.
   “Eh, lupa pula, sorry lah Zack. Kenalkan ni adik I masa sekolah dulu Fara,” Zahid menghulur tangan seperti mahu berjabat tangan denganku, lantas di sambut mesra sekali lagi oleh Awal.
   “Wakil-wakil,” Awal menjawab. Aku hanya melontarkan senyuman kepada Zahid.
   “Eh, Fara tahu kan yang Shie kerja satu jabatan dengan akak?” aku mempamerkan wajah terkejut. Punyalah buntu aku nak cari rakanku yang seorang ni. Terima kasih ‘Ya Allah’.
   “Tak, orang tak tahu pun dia kat mana sekarang kak,”
   “Ha, dia sekarang QS macam akak juga, tapi baru lagilah,” kak Syifa’ menerangkan perkara sebenar.
   “Akak ada nombor  telefon dia tak? Senang orang nak jumpa dia nanti,” aku mengeluarkan telefon bimbitku. Kak Syifa’ menghulurkan sekeping kad kepadaku. Kad itu bertukar tangan, tertera di atas kad itu,  Rashidah binti Roslan, Jurutera Ukur Bahan. Aku tersenyum dengan kerjaya yang kini di pegang sahabat baikku sendiri. Awal sudah bangun ketika kad itu bertukar tangan.
   "Okeylah Zahid, aku nak bawak tunang aku ni pergi beli cincin," Awal berkata sambil berjabat tangan sekali lagi dengan Zahid. Sebenarnya aku bagi hint pada Awal yang aku tidak suka cara Zahid memandangku dari tadi. Itulah sebabnya yang Awal memperkenalkan dirinya sebagai tunangku.
   "Eh, Fara ambillah kad akak juga," kak Syifa' menghulurkan kadnya pula kepadaku. Aku mengambilnya lantas memeluk kak Syifa' melepaskan rindu. Tiba-tiba Zahid turut menghulukan kadnya kepadaku.
   "Nah, kad saya. Mana tahu nanti kita boleh bekerjasama," baru sahaja aku ingin mengambilnya. Awal sudah merampas terlebih dahulu dari tangan Zahid.
   "Ohh, Arkitek rupanya. Tak apa, biar aku yang simpan, aku interior jugak," Awal menipunya.'Aku tak adalah suruh kau menipu sampai periuk nasi aku pun kau nak kawal'. Aku memberikan senyuman kepada Zahid. Awal menarik lengan bajuku sekali lagi, membawa aku meninggalkan mereka berdua di Baskin's Robbin. Setelah agak jauh dari penglihatan mereka, aku menarik kembali lenganku. 
   "Kalau ye pun nak menipu, tak payahlah sampai urusan kerja aku pun kau nak kawal," aku memarahinya.
   "Kau tak nampak ke macam mana si Zahid tu pandang kau? Aku tak rasa yang Zahid tu ada niat baik dengan kau Yiez," 
   "Ye, aku nampak. Tapi kerjalah Awal. Bukan aku seorang je Interior Design dalam syarikat tu,"
   "Jangan harap!" Awal merenyukkan kad itu di hadapan mataku. Lantas menghumbannya ke tong sampah. Tanpa disedari, gelagat kami sedang di perhatikan oleh seseorang.
   "Raja Azwal, kalau aku tak bahagia, kau jangan nak mimpilah," kata suara itu. Awal memberhentikan langkahnya apabila menyedari yang aku tidak lagi mengekorinya.'Mana pula pergi perempuan ni?'. Awal memandang sekeliling. Aku yang sedari tadi memandang rak buku di kedai itu.'Ermm, baru keluar ni'. Aku melihat duit di dalam purse, kelihatan hanya sekeping not RM 10. Aku ni dah macam Interior cabuk je. Duit semua berhabuk dalam bank.
   "Hey!" Awal menjentik tudungku. Aku meniup, supaya ianya kembali ke bentuk asal.
   "Kenapa kau ni?," mataku mencari tajuk yang menarik.
   "Ingatkan dah kena culik dengan apek tadi," Awal ketawa sambil menjauhiku. Ketika aku seperti hendak mengetuk mukanya dengan buku. Aku kembali mencari tajuk.
   "Aku tengah cakap dengan kau ni," Awal merampas buku yang berada di tanganku.
   "Yela, kau nak apa 'Raja'?" perkataan Raja sengaja aku kuatkan.
   "Teman aku beli barang,"
   "Sabarlah! Kalau kau dari tadi asyik kacau aku nak pilih, macam mana nak teman kau beli barang?" aku menolaknya menjauhiku. Awal seperti merajuk aku memperlakukannya begitu. Dalam setengah jam aku membelek novel-novel yang berada di situ, aku menghampiri Awal.
   "Okey, jom beli barang kau," Awal memandangku dari atas ke bawah.
   "Lah, mana bukunya?"
   "Duit tak cukuplah,"
   "Kenapa tak cakap dengan aku?"
   "Buat apa? Dah jomlah nanti lambat pula,"
   "Arh! tak adalah, kau buat aku macam patung bodoh tunggu kau belek buku. Last-last kau tak beli,"
   "Kan aku cakap tadi, duit aku tak cukup!"
   "Pilih jelah!" Awal menarikku ke rak tadi.
   "Kau pekak ke?!"
   "Aku tak pekaklah! Aku suruh kau pilih and then aku bayarkan,"
   "Tak payahlah,"
   "Jangan nak berlakonlah Yiez. Tak payah konon, kat tangan tu dah ada dua novel,"
   "Hehehe...." aku memandang Awal.
   "Ermm, perempuan ni memang nak kena,"
   "Nanti aku ganti tau, lupa nak ngorat mesin ATM,"
   "Aku belanja, tak payah ganti," sambil tangannya menghulur not RM50 kepada juruwang.
   "Syukur..Semoga Allah memberkati kau Awal," baru sahaja aku mahu mengambil novel yang telah di bayar di kaunter, Awal terlebih dahulu menyambarnya.
   "Kau tak akan sentuh novel ni selagi kau tak dengar cakap aku," Awal meningggalkanku di situ.
   "Woi! Apa ni? Main ugut pula?" aku mengejarnya.
   "Kau ikut aku balik rumah hari ni,"
'Dushhh' secara automatik aku menumbuk mukanya.
   "Kau agak-agak sikit! Ingat aku perempuan simpanan kau ke?" Awal menggosok-gosok pipinya.
   "Kau bagi aku habis cakap dulu boleh tak? Balik rumah family aku, malam ni birthday adik bongsu aku,"
Awal masih menyentuh pipinya.'Kuat sangat ke aku hentak tadi?', aku menjadi serba salah.
   "Ermm, sorry Awal. Aku salah faham dengan kau," aku memandang lantai. Tiba-tiba Awal ketawa.
   "Sakit juga buku lima kau kan? Boleh mati jugak ni," aku memandangnya.'Eh dia ni, cakap macam dah bosan sangat hidup'.
   "Jadi kau nak suruh aku pilihkan hadiah untuk adik kau lah ye?"
   "Sebab tulah aku bawa kau, sebab adik aku tu perempuan,"
   "Tapi kenapa mesti aku?" Awal meninggalkanku dengan soalan yang tidak terjawab.
   "Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku ikat mulut kau nanti," aku di belakang seperti mengejek apa yang sedang di bebelkan oleh Awal. Awal memilih kedai yang terdapat banyak barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah.
   "Yiez, yang mana satu ek?" Awal menunjukkan dua jenis anak patung kepadaku.
   "Adik kau tadika ke?"
   "Tak lah, dia Form Five,"
   "Hahahaha, kau ni, tolonglah pilih yang okey sikit. Ni taraf budak-budaklah," aku berjalan menuju ke rak seterusnya.
   "Habis tu?" Awal meletakkan kembali anak patung ke tempat asalnya.
   "Ermm, aku kan dari dulu lagi nak hadiah birthday perfume tau, tapi sampai sekarang tak dapat," 'Eh! apa hal pula aku pergi cerita dengan dia ni? Malunya'.
   "Adik aku tu hantu minyak wangi, atas meja solek dia je penuh dengan benda tu,"
   "Okey, macam mana kalau kau hadiahkan dia rantai atau pun cincin silver?" Aku memandang Awal dan inginkan keputusan.
   "Hauh kan, kenapalah aku tak terfikir. Tak sia-sia aku bawa kau," Awal menggosok-gosok kepalaku. Aku menepisnya.
   "Jaga sikit. Kang hinggap lagi buku lima aku!" Awal ketawa.
   "Okey tuan puteri. Maafkan hamba," Kami keluar dari kedai itu, lantas menuju ke kedai yang menjual barang perhiasan wanita. Awal memberi peluang kepadaku memilih design yang sesuai.
   "Amoi, kasi tengok yang ini," kata Awal setelah aku berkenan dengan corak cincin yang ringkas.
   "Manyak pandai la you punya amoi pilih cincin, sangat padan sama dia," kata wanita cina itu sambil menghulurkan cincin kepada Awal. 'Eh amoi ni, melampau dah'.
   "Sebab tu I sayang sama dia maa," Awal melayan apa yang dikatakan wanita itu. Awal memandangku sambil tersengeh.
   "You cubalah sarungkan sama dia," wanita itu menyarankan. 'Hey! Lebih-lebih pula'.
   "Mana boleh moi, kami belum kahwin. Dosa pegang-pegang ni,"
   "Oh iya kah? Sorry I tak tahu,"
   "Ermm, macam mana sayang? Muat tak kat jari you?" aku yang dari tadi leka mencuba cincin itu terkejut dengan panggilan yang di berikan. Awal mengeyit matanya menyuruh aku juga turut berlakon.
   "Muat," sepatah aku menjawab.
   "Okey moi, I angkat yang ini," Awal menghulurkan cincin itu kepada jurujual yang banyak mulut.
   "Seronok kenakan aku?"
   "Hahaha, janganlah marah. Nanti tak dapat novel," 'Cishh! ugut lagi'.Amoi itu menyerahkan kotak cincin berbentuk hati kepada Awal. Aku hanya memandang, cukup sekali aku dapat merasa memakai cincin semahal itu. Kini semuanya tinggal kenangan.
   "Mesti Arwa suka dengan cincin yang kau pilih Yiez," Awal mematikan lamunanku.
   "Aku mana ada bakat bab pilih cincin ni Awal, aku pilih ikut citarasa aku je. Lagi pun remaja macam aku dan adik kau layak pakai cincin yang ringkas je. Hahahaha,"
   "Banyaklah kau punya remaja," Awal menarik kain tudungku dari belakang.
   "Woi! Aku balik dengan tudung saji siaplah!"
   "Hahaha, dah jom aku hantar kau balik," Awal meninggalkanku yang sedang membetulkan kedudukan tudung.
   "Singgah warung tau, aku nak belikan makanan Anum. Mati jugak karang kawan aku tu,"
   "Kenapa dia tak masak je?"
   "Dia sibuklah, mana ada masa nak masuk dapur,"
   "Kalau ye pun nak betulkan tudung kau tu, tengoklah dalam kereta tu ada orang ke tidak?" Awal menegur ketika aku sedang membetulkan tudung di salah sebuah kereta yang ada di situ. Yang aku malunya, pasti dari tadi orang di dalam kereta itu sedang gelakkan aku. Aku melangkah ke kereta Awal.
   "Kenapa kau tak cakap ha?!" aku memarahinya.
   "Hahaha, dah masuk cepat. Aku tengok makin galak orang tu ketawakan kau," Awal membukakan pintu kereta untukku. Tanpa berfikir panjang, aku terus masuk akibat malu dengan perbuatan diri sendiri.
   "Eish! Kenapa aku bodoh sangat hari ni," aku mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Awal menghidupkan enjin kereta, lantas meninggalkan tempat letak kereta itu.
   "Nah novel," akhirnya Awal menunaikan janjinya kepadaku. Aku mengambil dari tangan Awal, lantas mencium novel itu.
   "Thanks Awal,"
   "My plessure," sepanjang perjalanan pulang yang kedengaran cuma suara DJ radio sedang membebel. Aku  memandang kulit novel yang baru di beli sebentar tadi, tetapi hati aku sedang mengelamun mengingatkan kisah bersama kak Syifa' di Baskin Robbins.
   "Yiez, jangan lupa. Pukul 8 aku ambil kau," Awal mengingatkanku ketika aku sudah membuka pintu keretanya.
   "Yelah, aku ingat,"
   "Kalau iya pun penat sangat, janganlah sampai novel kesayangan kau ni pun aku nak bawa balik rumah," Awal memerliku.'Eish! Dah aku mengantuk mana nak ingat semua barang, dah la paksa aku ikut dia pergi rumah. Kalau tidak, bolehlah tidur awal'. Aku merampas novel dari tangan Awal.
   "Amboi! Garang pula, tak kenang budi betul,"
   "Ha! kau nak ungkit balik ke?" Aku menunjukkan buku lima.
   "Hahaha, sorry. Dah pergilah masuk, kang kena kacau pula,"
   "Pot pet pot pet!" aku mengejeknya.
   "Malam ni jangan lupa!" Awal memecut keretanya meningalkan pengkaran rumahku. Aku melangkah longlai masuk ke dalam rumah.
   "Amboi! kau ni dah kenapa? Orang pergi dating balik mesti bahagia, kau pula macam kerang basi," Anum menegurku, di tangannya ada segelas jus oren.
   "Hek kau! Dating jadahnye? Penat aku layan mulut dia yang macam ayam tu," aku duduk di sebelah Anum.
   "Hahaha, kesian kau aku tengok," aku memandangnya. 'Sedapnya air'.
   "Kesian kan? Bak sini aku nak minum air kau sikit," aku merampas cawan yang masih penuh dengan jus oren dari tangan Anum.
   "Hoi! Gelojoh betul, pergilah dapur," aku meneguk air tanpa mempedulikan arahan Anum.
   "Nah, sedap air ni," aku menyerahkan cawan kosong kepadanya.
   "Kosong?! Tak guna betullah," marah Anum. Aku ketawa, lantas meninggalkan Anum dengan cawan kosongnya. Sampai di bilik aku terus menghempaskan badan ke atas katil.'Penatnya hari ni'. Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk.
   "Kau nak apa lagi? Malam nanti aku gantilah air kau," jeritku.
   "Nasi aku mana?"
   "Ada atas meja makan, tunggulah aku mandi kejap. Kita makan sama-sama," cadangku.
   "Cepat sikit. Kau lambat dengan nasi kau aku rembat,"
   "Hoi! Tak kenang budi punya kawan,"
   "Hahaha, cepatlah. Aku tunggu ni,"
   "Okeyh, bagi aku 15 minit," daripada aku mati kelaparan. Baik aku pergi mandi sekarang. karang tak pasal-pasal Anum hentam nasi aku.

15 minit sudah berlalu, aku pergi mencari Anum di ruang tamu. 'Eh, kemana pula dia ni? tadi lapar sangat'. Aku meninjau ke luar. 'Oh, patutlah, kenyang pergi dating rupanya'. Anum sedang berbual dengan jiran kami, Farid.
   "Cik Anum! Tadi kau lapar sangatkan? Kau buat apa ha dekat sini?" Aku sudah mencekak pinggang memandangnya. Anum yang sedari tadi asyik berbual terkejut akibat di sergah begitu.Aku melihat Anum seperti bercakap sesuatu dengan Farid, lantas berjalan ke arahku dengan wajah yang protes. 'Eleh, ingat aku takut la tu'.
   "Kalau kau tak malukan aku tak sah kan?!"
   "Eh kau ni nak marah-marah aku kenapa? Untunglah aku panggil kau, kalau tak aku dah makan nasi kau tu,"
   "Memanglah, janganlah cakap aku ni lapar sangat, malu tau tadi Farid cakap aku semakin tembam,"
   "Hahahaha, kenapalah si Farid tu jujur sangat dengan kau,"
   "Jahat la kau ni!" Anum mencubit pahaku. Aku mengaduh sakit, boleh tahan minah ni jadi ketam. Perhhh lebam!.
   "Ha cepat la makan, tadi kebulur sangat kan?" Aku menghulurkan bungkusan makanan kepada Anum. 'Eish minah ni, tak menyempat berdoa langsung'.
   "Malam ni jadi tak?" Anum bercakap dengan makanan yang masih penuh di mulutnya.
   "Kau ni kan, kalau ye pun tersedak sangat nak cakap, telanlah dulu. Kalau Farid tengok ni, boleh pengsan tau," aku memarahinya.
   "Hehehe," Anum menelan makanannya.
   "Pukul 8 Awal datang ambil kita,"
   "Kau cakap tak yang aku ikut sekali? Nanti tak pasal-pasal aku kena keluar dari kereta dia tu,"
   "Dah la, tak kan aku nak tinggal kau sorang-sorang kat rumah,"
   "Ermm, mesti banyak makanan yang sedap-sedapkan?"
   "Hahahaha, tu pula yang dia fikir,"
   "Dah tu aku nak fikir apa lagi? Nak fikir pasal Awal ke? Tu kau jela yang boleh fikir," Anum memerliku. Kakiku pantas memijak kakinya.
   "Aduh !" aku senyum kepadanya lantas menutup bekas makanan.
   "Malas nak makan dengan kau, sakit hati aku je," aku meninggalkan Anum yang masih bersama makanannya.
   "Hahaha, tak kan marah aku kot?" Aku melangkah menuju ke bilik. Malas melayan karenah Anum yang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengawalnya. Di bilik aku terdengar telefon ku berbunyi, menandakan ada pesanan ringkas.

                  Syg, malam ni pakai cantik2 tau, ibu nak tengok.....
                             From : Cendol Basi

Sah! Mamat ni nak makan kaki aku malam ni.

                 Syg myg kaw la! Apsal ibu kaw mao tngok aq plak !

                 Eish, garangnya. Ibu aku? Ibu kita la.....

Malas aku layan mamat ni, makin sakit hati pula. Tak nak pergi, tapi aku dah janji dengan dia siang tadi. Aduh! kenapalah aku ni cepat sangat setuju. Aku merebahkan badan di atas katil. Akhirnya gelap dan terus gelap..
   "Woi anak dara! Cakap Awal nak ambil pukul 8. Ni dah 7.45 kau tak siap satu apa pun lagi, tidur pula tu. Macam aku pula yang extited terlebih," Anum mengejutku seperti ibu tiri. Aku menggosok mata.
   "Ermmm pukul berapa dah? Cantiknya kau Anum." pujiku ikhlas.
   "7.45 tahu tak !"
   "Hahhh!?" aku bergegas masuk ke dalam bilik air. Mandi cuma ala kadar sahaja, macam tak kenal Awal tu mulut macam mana kalau aku tak tepati masa. Sememangnya Awal sangat tegas dalam masa.
   "Yiez, kau janganlah mandi macam selalu," ni seorang lagi, suka sangat membebel, tak penat ke mulut dia. Memang padan sangat dengan Awal tu!.
   "Kau gosokkan baju kurung yang kita beli hari tu. Ada aku sangkut dalam almari, tolong ye Anum," aku menjerit dari dalam bilik air. Mana boleh mandi cepat-cepat, ingat aku kambing ke.
   "Amboi kau! Yelah," Anum menjawab akur. Usai memanjakan diri, aku terkejut mendengar telefonku berbunyi. 'Aku agak dah, mesti mamat cendol ni yang 'call'.
   "Assalammualaikum," aku menjawab tenang.
   "Hoi! Kenapa tak muncul lagi ni? Anum pula yang ada depan rumah kenapa? Jangan cakap yang kau suruh dia ganti tempat kau. Aku nak jawab apa dengan ibu nanti," Awal bercakap tanpa henti.
   "Weh! Tolong la bagi aku cakap juga. Kau bagi aku lagi 15 minit. Nanti aku turun la, takut sangat pergi dengan Anum tu. Macam lah dia tu makan kau,"
   "Memanglah dia tak makan aku, aku yang makan hati nanti tau,"
   "Yelah, tunggu jela. Bising pula,"
   "Cepat sikit!" Awal mematikan panggilan. 'Pot pet pot pet, sebiji makcik!'. Aku mencari baju yang telah digosok oleh Anum sebentar tadi. 'Ermm putih, macam nak pergi nikah pun ada.' Aku memadankan baju kurung putih bersama selendang putih, semuanya serba putih. Aku melangkah keluar dengan hati yang senang. Duppp! Eh kenapa jantung ni?'. Aku memandang ke hadapan, alangkah terpegunnya melihat tubuh tegap Awal yang juga serba putih sepertiku. Mata kami bertaut seketika.
   "Amboi, berjanji ke nak matching ni?" tegur Anum.
   "Eh, tak lah. Kebetulan je ni. Kan kau yang pilih baju aku," mata Awal masih memandangku. 'Eish dia ni, macam nak terkeluar dah biji mata tu'.
   "Cantik," sepatah Awal memuji. Aku sudah tak tentu arah. 'Eish, dah kenapa aku ni'.
   "Jom gerak? Kita dah lambat kan?" aku cuba mematikan semua lakonan ini. Awal menuju ke pintu penumpang hadapan, lantas membukanya. Mata aku melirik ke arah Anum.
   "Hey, tak kan aku pula. Kau lah!" Anum menolakku. Kakiku ketika itu seakan-akan menggigil. Aku di tempat duduk hadapan, manakala Anum di belakang aku.
   "Pintu aku Awal?"
   "Buka sendirilah, kau ada tangan kan?" Awal memerli. Mulut tu kalau kena cili baru nak diam kot. Aku tersenyum. 'Ermm, Awal ni memang suka cari pasal dengan orang, kesian Anum'. Kereta milik Awal meluncur laju memecah kesunyian malam.


Awal memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo. Dia mematikan enjin kereta. Awal memandangku.
   "Tak nak turun ke?"
   "Ni rumah siapa? Bukan kita nak pergi rumah kau ke?"
   "Memanglah, malam ni kau akan tahu semuanya. Jomlah cepat,"
   "Tahu apa? Kau sembunyikan apa dari aku?"
   "Jom jela," Awal membukakan pintu untuk aku.
   "Eish, buat drama free pula depan aku," Anum mencelah.
   "Kau cemburu ke? Aku dah ajak ni untunglah," Awal menjeling.
   "Korang ni kenapa? Dari rumah tadi bergaduh. Kahwin nanti baru tahu. Hahahaha,"
   "Awal kau la, mulut tu macam dah tak pakai insurans,"
   "Kau pun sama lah, nak cakap aku pula," pergaduhan semakin teruk. Aku cuba menenangkan mereka berdua.
   "Dah lah! Datang sini bukan nak gaduh kan?" tiba-tiba..
   "Eh angah, ibu panggil. Kenapa tak ajak kawan angah masuk?" kelihatan seorang gadis muncul dari pagar rumah banglo itu. Pergaduhan sebentar tadi terhenti.
   "Eh Arwa, angah nak masuklah ni. Jom korang," Awal memandangku. Aku mengangguk. Aku menarik tangan Anum.
   "Dah la tu, jangan buat muka. Nanti tak cantik," aku menegur Anum.
   "Bukan aku Yiez, dia yang mulakan dulu," Anum tidak mahu mengalah.
   "Ye, dua-dua salah. Dah jom masuk," Melangkah sahaja ke dalam rumah banglo mewah yang aku sendiri tidak tahu kepunyaan siapa, sudah ramai tetamu memenuhi ruang tamu banglo ini. Aku mencari kelibat Awal, mana tidaknya, aku sendiri tidak tahu tuan rumah ini siapa. Anum di sebelah mencuit-cuit pinggangku.
   "Kau dah kenapa?" aku menegur.
   "Ramainya orang, tak kenal pula tu," mataku masih mencari Awal.
   "Memanglah, ni buka rumah kita. Kau kenapa lembab sangat malam ni," apa punya soalan la, tak taraf Ijazah langsung.
   "Akak, angah panggil kat dapur," gadis yang bernama Arwa tadi memberitahuku.
   "Oh, terima kasih ye," aku senyum kepadanya. Lantas mengatur langkah ke dapur. Di ikuti Anum yang masih dalam dunianya. Aku terlihat Awal bersama seorang wanita yang berumur tapi masih cantik, turut berbual bersama mereka Mak Awal iaitu Cik Zaraa.
   "Assalammualaikum Cik," aku menghulur tangan untuk bersalam. Awal tersenyum melihat kelakuanku.
   "Ha, Yiez aku nak kenalkan dengan kau. Ni ibu aku Pn Azura, perangkap ibu kita. Hahahaha," Awal menunjuk ke arah wanita yang cantik itu.
   "Ibu kau? Eh yang ini bukan mak kau ke?" Anum mencelah sambil mempamerkan wajah yang bingung. 'Eish! Dia ni, tak sempat aku nak tanya'.
   "Betullah tu, Cik Zaraa mak angkat aku. Ni ibu kandung aku," Awal memberi penjelasan. Aku masih membatu, drama apa yang sedang Awal mainkan sekarang.
   "Jadi ni rumah kaulah? Untung kau Ayiez," Anum menyiku pinggangku. Aku tersedar dari lamunan.
   "Ni lah Ayiez yang selalu angah cerita dengan ibu ye?" tiba-tiba ibu Awal bersuara.
   "Hahahaha, Awal selalu cerita apa pasal saya dengan makcik?" jangan cerita yang aku selalu buli dia dah lah. Malu kot.
   "Semuanya yang baik-baik, tak ada yang buruk. Pandai angah pilih," ibunya menepuk-nepuk bahu Awal. Awal hanya ketawa. Aku masih tertanya-tanya, apakah semua ini?.
   "Baik budak Ayiez ni Cik Puan, selalu datang kedai cendol saya. Teman Awal borak. Kalau saya sibuk dia pun ada juga tolong," Cik Zaraa pula memuji. Aku memandang Awal, meminta penjelasan teka-teki ini.
 

Raja Hisyam bingung dengan kehendak kedua anak terunanya. Masing-masing tidak mahu mewarisi jawatan dalam syarikatnya. Mereka lebih suka membawa haluan ke dalam bidang masing-masing. Anak sulungnya Raja Azrai Qays yang ingin meneruskan bidangnya dalam penerbangan sebagai Juruterbang. Manakala anak keduanya Raja Azwal Qazdril tidak langsung mempamerkan minat dalam bidang perniagaan, malah ke arah perubatan pula sebagai seorang Doktor. Kepada siapa syarikat perniagaan ini harus di serahkan? Tidak mungkin kepada anak bongsunya yang masih muda untuk memegang sebuah syarikat yang besar. Raja Hisyam masih di mejanya.
   "Angah tak minat perniagaan bu. Papa kena faham dengan minat angah!" Awal memberontak.
   "Tak kan nak suruh adik kamu yang pegang syarikat itu nanti, dia pun masih belajar. Along tak kan tak boleh tolong papa dalam syarikat dia?" Pn Azura cuba memujuk kedua anak lelakinya. Arai duduk memandang lantai. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Awal berdiri bercekak pinggang.
   "Along bukan tak nak tolong papa. Along dah dapat tawaran kerja dengan syarikat penerbangan Fire Fly. Peluang tu bu, selama ni along tunggu,"
   "Jadi kamu berdua tak kesiankan papa nak kendalikan syarikat itu seorang diri!" suara Pn Azura sedikit meninggi.
   "Angah dah 'last' semester la. Tak kan nak belajar balik. Selok-belok perniagaan pula tu,"
   "Papa boleh ajar nanti, ibu tahu angah boleh. Dengar cakap ibu ye sayang?" Pn Azura memegang pipi anak keduanya.
   "Angah tak mahu! Angah tak suka bidang perniagaan ni. Lapuk!" Awal membentak.
   "AZWAL!!" Suara itu datang dari arah pintu utama rumah banglo itu. Raja Hisyam sudah mendengar semua perbualan anak terunanya. Semua ahli dalam rumah itu terkejut.
   "Sekali pun kau tak minat bidang ni, papa pantang kalau kau kutuk syarikat warisan arwah datuk kau," semuanya terdiam. Raja Hisyam memegang dadanya, lantas jatuh ke lantai.
   "Abang!" Pn Azura berlari mendapatkan suaminya. Begitu juga dengan Awal dan Arai.
   "Maafkan angah, papa!" Awal memeluk papanya. Dada Raja Hisyam semakin berombak.
   "Papa, along sanggup warisi perniagaan keluarga kita. Along janji dengan papa, along akan teruskan walau macam mana sekali pun. Along janji papa!" Tiba-tiba Arai mebuat keputusan. Raja Hisyam memegang tangan anak sulungnya dengan kuat.
   "Papa wariskan kepada kamu Arai," kata-kata akhir daripada Raja Hisyam kepada anaknya, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.


Perasaan bersalah masih menghantui hidup Awal, semenjak pemergian papanya. Disebabkan kata-katanya itu, papanya diserang sakit jantung. Arai pula sudah mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke Harvard peringkat master dalam bidang perniagaan. Kerjayanya sebagai juruterbang terpaksa dilupakan begitu sahaja demi menyambung perniagaan syarikat warisan keluarganya.
   "Bila 'flight' along ke Australia?" tanya Pn Azura kepada anak sulungnya ketika sedang berehat di taman rumah mereka.
   "Minggu depan bu," jawab Arai lemah.
   "Kalau along tak nak uruskan syarikat tu, ibu serahkan kepada pakcik kamu saja,"
   "Jangan bu, papa dah wasiatkan untuk along. Walau apa pun yang terjadi, along nak uruskan jugak," Pn Azura tersenyum dengan tekad anaknya.
   "Jadi sementara along pergi belajar ni, ibu suruh orang kepercayaan papa yang kendalikan syarikat tu. Tak adalah ibu risau sangat, nak harapkan angah tu sampai bilalah,"
   "Sepanjang along kat sana, ibu jaga kesihatan tau. Kalau ada apa-apa yang penting, ibu call along ye,"
   "Hahaha, along ni macam nak pergi menetap kat sana terus. Pejam celik je along dah balik Malaysia," Pn Azura memegang tangan anaknya.
   "Along cuma risaukan ibu, tak pernah berpisah sejauh ni,"
 Sementara itu di dapur pula......
   "Angah, kenapa ni? Termenung je mak tengok," Cik Zaraa menegur Awal yang sedang termenung di meja makan.
   "Eh, tak ada apa-apalah," Awal cuba sembunyikan perasaan bersalahnya.
   "Jangan nak tipulah. Kalau ada masalah cerita dengan mak," Awal masih membatukan diri.
   "Mak, sebab angah ke papa mati?"
   "Subhanallah, apa angah cakap ni? Bukan sebab sesiapa, dah ajal dia," Cik Zaraa terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh anak majikannya.
   "Tapi sebab mulut angah kan? Angah memang jahat mak," Awal masih menyalahkan dirinya. Tanpa disedari air matanya jatuh.
   "Angah jangan macam ni. Bukan salah angah pun. Eh, tak ada kelas ke hari ni?" Cik Zaraa cuba mengubah topik perbualan mereka.
   "Ermm, angah ponteng hari ni. Tak ada mood lah mak,"
   "Lah kenapa macam ni pula, kan angah dah tahun akhir. Cakap nak jadi doktor, boleh rawat mak,"
   "Angah ingat nak habiskan belajar ni. Lepas tu angah nak tolong mak dekat kedai boleh?"
   "Eh, ada pula tak boleh. Mestilah mak bagi, tapi angah tanya ibu dulu ya?"
   "Kalau macam tu sekarang jugak angah tanya ibu. Mak tunggu tau," Awal pantas mendapatkan ibunya.

Tidak pernah aku sangka jalan hidup Awal begini. Sepanjang perkenalan kami, aku fikir Awal mempunyai kehidupan yang sempurna, sedangkan dia sendiri berada dalam masalah. Aku memandang kelangit, melihat bintang-bintang yang bertaburan, ternyata bintang itu gembira memancarkan cahayanya yang gemerlapan menyinar bumi Allah. Aku mendengar satu keluhan. Awal disebelah seperti sedih dengan cerita yang diesampaikan olehnya, aku berasa serba salah.
   "Awal, sorry. Aku tak tahu pasal family kau," aku cuba untuk menenangkannya. Awal mengeluh lagi. Kali ini dia pula yang memandang ke langit. Riak wajahnya seperti menyimpan sejuta rahsia.
   "Eh, tak payah nak minta maaflah. Salah aku yang tak cerita dari awal,"
   "Jadi sekarang kembar kau tengah belajar kat luar negara lah?"
   "Hauh, hujung tahun ni dia balik Malaysia. Terus dia kerja dengan syarikat papa,"
   "Kau kenapa tak kerja? Tak kan nak biarkan Ijazah kau macam tu je?" aku cuba mengorek rahsia.
   "Hahaha, aku ada klinik sendiri. Tapi aku share dengan kawan baik aku. Dia yang uruskan, aku datang kadang-kadang je. Aku lebih suka kerja kat warung," Awal menerangkan. 'Leh, baik takpayah belajar tinggi-tinggi, membazir duit je. Tapi tak kesahlah, sebab keluarga dia sendiri dah kaya'.
   "Oh macam tu pula ke. Eh jomlah masuk tetamu dah nak makan tu," sebenarnya aku sendiri sudah lapar. Anum dari tadi hilang entah kemana, pasti di dapur. Macam tak kenal dengan hobi dia tu. Hahaha. Awal melangkah ke arah meja tempat juadah yang disediakan. Dia melambai-lambai ke arahku.
   "Kau nak lauk apa? Biar aku ambilkan," kata Awal sambil tangannya meletakkan nasi ke atas pinggan.
   "Tak apa, biar aku ambil sendiri. Aku ada tangan," perliku selamba.
   "Tengok tu. Mulut kalau tak melawan memang tak boleh ek?"
   "Allah bagi aku mulut. Bukan untuk aku membisu," aku melawan. Awal memandangku dengan wajah seperti mahu meminta kaki. 'Alah! Ingat aku takut ke. Boleh jalanlah!'.
   "Bak sini!" aku merampas senduk nasi dari tangan Awal. Tiba-tiba.....
   "Weh beb, lama tak jumpa kau," suara seorang lelaki menegur Awal dari belakang. Awal berpaling.
   "Hei Mizul, aku ingat kau tak datang. Hahaha," aku masih leka meletak nasi ke atas pingganku.
   "Mana boleh tak datang. Kau kan kawan aku,"
   "Eh ni siapa pula? Orang rumah kau ke?"
   "Hahaha, bakal orang rumah la ni. Tunang aku Rashidah. Sayang, kenalkan ni kawan abang masa belajar dulu, Azwal," tangan aku berhenti setelah mendengar nama itu. 'Tadi kawan Awal nama Mizul, aku tak pelik lagi. Ni dah cukup menyakinkan aku. Shiey ke?'. Perlahan-lahan aku memalingkan kepala.
'Tanngggg! Pinggan dari tanganku terlepas. Habis bertaburan nasi di lantai. 'Ya memang tak salah lagi'.
   "Fau!"
   "Shiey!" lantas kami berpelukan di situ. Tanpa aku sedar air mata sudah bergenang di tubir mata. Tetamu yang hadir seperti terkejut dengan tindakan kami. Mana tidaknya, tadi pinggan jatuh, sekarang berpeluk pula.
   "Eh kenal ke?" Awal bertanya. Tetapi aku biarkan sahaja soalannya.
   "Lebih dari kenal. Kawan baik dari sekolah lagi," Mizul menerangkan. Aku meleraikan pelukan. Mata Shiey juga merah sepertiku. 'Dah macam jejak kasih pun ada'. Cik Zaraa dari dapur membawa penyapu dan  penyodok untuk membersihkan nasi yang bertaburan tadi.
   "Eh, tak apa biar saya yang buat makcik," aku menawarkan diri. Yela, dah pandai buat sepah tak nak bersihkan pula. Ingat ini rumah sendiri ke aku ni.
   "Tak apa, biar makcik yang uruskan. Dah pergi ambil nasi yang lain," makcik Zaraa membersihkan nasi yang telah aku tumpahkan.
   "Kau pergi duduk dulu dengan kawan kau. Nanti aku ambilkan nasi dan lauk," aku masih membatu disitu.
   "Eh, kau pekak ke?" Awal memandangku.
   "Sayang pergi lah duduk dengan Fau dulu, biar abang dan Awal yang ambilkan nasi dan lauk ni," lembut saja kata-kata Mizul untuk tunangnya. Tidak seperti Awal, macam mengarahkan kambing masuk paya. Shiey mengangguk akur, tidak terlupa juga dia mengahdiahkan senyuman buat tunang yang dicintainya.
   "Jom Fau. Kita dah lama tak jumpa, mesti banyak cerita yang kita nak borakkan?" Shiey menarik lenganku.
   "Jangan layan sangat borak dia ni. Mengumpat je reti," Awal yang sedang sibuk meletakkan lauk tiba-tiba bersuara. 'Silap ni rumah kau je Awal. Kalau bukan dah lama aku pijak sampai patah riuk tulang kau!'. Mereka berdua hanya mentertawakan aku.
   "Ternyata dunia ni kecil je kan? Tak sangka yang 'boyfriend' kau kawan dengan Mizul," Shiey memulakan bicara setelah kami berdua duduk dimeja makan.
   "Maaf ye, pembetulan. Dia bukan 'bf' aku pun. Kawan ajelah! Yang kau ni bukan dah kahwin ke?"
   "Hahaha, nak kahwin la ni. Mana cerita yang kau dengar aku dah kahwin?"
   "Derd yang cakap. Masa tu dia datang pejabat aku,"
   "Derd? Eh kau ada jumpa dia ke? Dia kat mana sekarang? Sihat ke?"  Huih soalan dia! Macam peluru tak berhenti-henti.
   "Hahaha, kau tanya aku macam tak sekolah. Memanglah aku jumpa dia, kan aku cakap dia datang pejabat aku. Dia buka butik pengantin sendiri area Pulau Pinang. Mak andam tersohor di sana," pecah tawa Shiey mendengarnya.
   "Hahaha, jahat kau ni. Tak berubah," kami berbual tentang diri masing-masing sehingga Awal dan Mizul kembali ke meja makan.
   "Nah makan. Pastikan habis tau," Awal menghulurkan aku sepinggan nasi yang menggunung. 'Ni dah kira kes tak puas hati'.
   "Kau ingat aku perut tong ke?"
   "Eh! Memang aku ingat kau perut tong lah aku ambil banyak macam ni,"
   "Kau habiskan!" aku mula mininggikan suara. Seperti tidak mengendahkan para tetamu yang hadir. Mizul dan Shiey menjadi penonton tidak berbayar dihadapan kami.
   "Woi korang," Mizul menegur.
   "Kalau ya pun masalah rumah tangga, janganlah share dengan aku dan Shiey ni. Kami tak nak tahu. Hahaha," sambungnya lagi. Serentak aku dan Awal memandangnya.
   "Fau, dahlah. Kau tak habis nanti bungkus bawa balik. Buat nasi goreng esok," Shiey menyampuk. 'Hauh, memang nasi gorenglah sangat kan!'.
   "Ha dengar tu. Tak payah nak marah-marah aku pula," Awal menyokong apa yang dikatakan Shiey.
   "Masalahnya membazir nanti,"
   "Tak habis biar je. Aku boleh habiskan," suara itu datang dari arah belakang aku dan Awal. Kami berdua menoleh serentak. 'Hah! Kalau yang ini aku memang tak kesah dia makan dua gunung pinggan sekalipun'. Anum menayang gigi putihnya.


Kerja yang bertimbun di pejabat seperti tidak memahami aku yang sedang penat menatap. Aku menyelak helaian demi helaian muka surat, seperti orang yang tidak tahu menahu tentang selok belok hiasan dalaman. Mataku tak payah cakaplah, dah macam beruang. Entah apa yang di mimpikan En. Darus tu, dia mahukan aku menyiapkan hiasan yang diminta oleh pelanggan dalam masa dua hari. Tidur pun cuma dua jam sahaja, baru nak dibuai mimpi indah, sudah mendengar ayam berkokok. Tu belum masuk lagi dengan alarm yang tidak berbayar di rumah. Kalau dah menjerit tu, Farid kesayangan dia pun boleh jatuh katil sebab terkejut. Bunyi ringtone telefon bimbit aku menandakan ada panggilan masuk. Aku memandang skrin, terpapar nama Shiey.
   "Hello, rumah mayat di sini," aku memulakan perbualan.
   "Dah tak payah nak tipu aku la Fau. Haritu cakap agensi nak tempah reban, kau ni merepek jela,"
   "Hahaha. Nak gurau pun salah ke?"
   "Memanglah gurau. Nasiblah aku tak kena tipu hidup-hidup dengan kau. Weh! Lapar tak? Jom makan,"
   "Ha. Ni yang aku nak dengar dari tadi. Jom! Kat tempat biasa ke?"
   "Tempat biasalah. Kalau luar biasa tepi longkang,"
   "Kau tunggulah nanti. Aku teyeh kau dengan lipas goreng. Hahaha,"
   "Woi! Apa ni main kotor,"
   "Kau yang nak kan. Tepi longkang kan banyak lipas,"
   "Hahaha. Ok see you soon,"
   "Tata," kami mematikan talian. Sejak aku terserempak dengan Shiey di rumah Awal haritu, kami sering keluar bersama. Termasuklah pada hujung minggu, kadang-kadang Awal dan Mizul turut bersama kami. Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai beg di bawah meja, dan bergerak menuju ke tempat yang telah dijanjikan. Sampai sahaja di Restoran Anjung, aku mencari kelibat Shiey. Ternyata Shiey duduk di meja yang agak terlindung dari pandangan mataku.
   "Lama dah ke sampai?" aku memulakan perbualan.
   "Tak juga, aku baru duduk. Nak makan apa?"
   "Ikut kaulah, tanya macam nak belanja je?"
   "Hek eleh, duit berkepuk nak simpan pula,"
   "Hahaha. Gurau pun melenting. Ke da berisi ni?" aku memandang perut Shiey.
   "Kau jangan nak merepek ye Fau. Tak cukup tanah aku lari nanti cik Roslan kejar," Shiey menutup perutnya dengan beg.
   "Hahaha. Kau tak cukup tanah nak lari, aku tak cukup ayat nak jawab dengan kawan-kawan kita nanti,"
   "Kita makan nasi ayam jela. Nak?"
   "Kau cakap je. Semua aku telan," Shiey mengankat tangan untuk membuat tempahan. Sementara menunggu tempahan siap, kami berbual-bual tentang isu semasa.
   "Macam mana dengan Awal?" ni kalau minum air boleh tersembur.
   "Kau jangan seru nama dia, nanti muncul susah," aku memandang sekeliling.
   "Hahaha. Nak susah apa. Aku pindah mejalah jawabnya,"
   "Kau tak payah nak buat baiklah. Duduk je sekali,"
   "Eh! Mana boleh. Ni dah kira kacau line tau,"
   "Arh kau diamlah," malas betul aku melayan dia ni. Kalau dekat rumah tu nak melayankan mulut Anum pula. Eish! Kusutnya.
   "Fau, aku ada kejutan," aku memandang muka Shiey. Meminta diberi penjelasan, Shiey mengeluarkan telefonnya, lantas mendail nombor.
   "Abang, sayang dengan Fau dah ni. Abang kat mana?" Shiey mengangguk kepala, seperti mengiyakan apa yang dikatakan Mizul.
   "Okey sayang tunggu," Shiey mematikan talian. Shiey memandangku.
   "Kau asal buat muka macam nak makan kaki aku?"
   "Sweet ye korang Shiey,"
   "Hahaha. Nak sweet-sweet, cepatlah kahwin,"
   "Kau ni ada pula ke situ," Tiba-tiba mataku seperti kenal dengan satu kelibat ini. Aku mengecilkan mata. 'Macam Awal je'. Dia macam sedang memegang sesuatu. siapa pula yang seru dia di sini.
   "Fau, kau pandang siapa tu?"
   "Aku nampak macam Awal je. Eh! apa kejutan kau ye,"
   "Hehehe," Shiey bangun dari tempat duduknya. Dia mengeluarkan sehelai kain dan menutup mataku.
   "Kau jangan hulur sepinggan cicak dahlah weyh. Tak tidur malam aku nanti,"
   "Aku tak sekejam kaulah," aku hanya membiarkan apa yang dilakukan oleh Shiey.
   "Dah ke?"
   "Aku baru siap ikat. Sabarlah sikit,"
   "Kenapa kena tutup mata aku pula?"
   "Dah kejutan ini untuk engkau, mestilah kau kena tutup mata," kedengaran agak bising di sekeliling aku.
   "Okey Fau, aku nak buka ikatan mata kau ni,"
   "Bukalah, dah naik lebam mata aku ni kena ikat," Shiey meleraikan ikatan yang menutupi mataku. Apabila aku membuka mata, terhidang sebiji kek dan juga makanan yang lain. 'Birthday' siapa pula ni?'.
   "Happy Birthday Fau!" Shiey dan Derd menjerit sambil memelukku dari kiri dan kanan.
   "Eh Derd, bila kau datang sini. Kenapa tak cakap dengan aku?"
   "Hahaha. Aku datang sebab nak celebrate birthday kawan aku ni la," Derd menepuk bahuku. Baru aku perasan yang Awal dan Mizul juga turut menyertai kami bertiga. Aku memandang Awal, senyuman kerang yang dia mampu lontarkan padaku.'Eish ! Menyampahnya aku'.
   "Fau cepatlah tiup lilin, buat hajat sekali tau," Shiey menegurku.
   "Hajat untuk aku sekali tau," Awal tiba-tiba bersuara. Aku meniup lilin tersebut, hajat? Hanya aku dan Maha Kuasa sahaja yang tahu.
   "Thanks tau buat macam ni, aku pun tak ingat,"
   "Tak ada masalah la, kita kan kawan. Ni pun rancangan Awal," Shiey menghulurkan pinggan kepadaku supaya kek tersebut diagihkan.
   "Eh kenapa pula?" aku memandang Awal.
   "Hehe, saje je la,"
   "Eh korang! Aku tak boleh lamalah, banyak kerja lagi ni. Sorry," aku bangun dari tempat duduk.
   "Fau, tak pe. Lupakan kerja kau sekejap," Derd menarik lenganku.
   "Mana boleh, kau tak kenal dengan boss aku tu,"
   "Awal dah cakap dengan boss kau tu. Dia nak pinjam kau sekejap," Mizul yang dari tadi sibuk main dengan Tab kini bersuara. Awal mempamerkan giginya. Aku kembali duduk di tempatku.
   "Dah sekarang lupakan soal kerja. Kita enjoy!" Derd mengeluarkan Samsung Galaxy Tab 10 untuk mengambil gambar kami semua.
   "Okey semua. One, two, shoot !"
   "Jom makan!" Mizul meminta sepinggan kek daripada Shiey.
   "Abang ni, macam birthday dia pula. Kan semalam kita dah celebrate birthday sayang,"
   "Oh Mizul. Kau dah dua trip la ni," Awal menumbuk bahunya.
   "Hahaha. Semalam celebrate cara privasy. Hari ni tak apa kan?" kami berlima ketawa serentak. Kenangan ini akan aku ingat sampai bila-bila. Sempat juga Derd mengambil gambar aku bersama Awal, walaupun sudah banyak kali aku menolak. Tidak kurang juga Mizul dan Shiey, memang tidak kalah kalau bab bergambar. Derd memberitahu kami yang dia juga mahu bertunang tidak lama lagi. Tersedak jugalah aku dan Shiey, siapa lelaki yang bertuah tu Derd tidak lagi menunjukkan gambarnya kepada kami. Siapa yang menjadi pilihan hati Derd, kami tetap sokong demi kebahagiaan dia.


Hasrat Awal yang ingin mengajakku bercuti bersama keluarganya sempena hari lahirku masih lagi aku fikirkan. Berat hati juga aku untuk menyertai keluarganya, apatah lagi aku baru sahaja kenal dengan keluarganya. Aku menghempaskan badan ke katil. 'Penatnya, ingat cuti ni nak balik kampung. Ni Awal pula ajak bercuti dengan keluaga dia'. Aku mencapai telefon bimbit di meja katil, lantas mendail nombor.
   "Hello, assalammualaikum," aku memberi salam.
   "Waalaikummussalam, ha ada apa ni?"
   "Tak ada apa, saja je nak 'call'. Hujung minggu ni siapa balik mak?"
   "Abang dengan angah agaknya. Kau balik tak?" aku memikirkan ayat untuk memberitahu hal sebenar.
   "Tak pasti lagilah. Sebab kawan orang ajak pergi bercuti dengan 'family' dia hujung minggu ni,"
   "Bercuti kat mana?"
   "Rasanya kat Melaka, boleh ke pergi?"
   "Kalau dengan 'family' tak apa lah. Pandai lah jaga diri dengan keluarga orang lain tu,"
   "Insya-allah, orang jaga diri,"
   "Kalau tak ada apa-apa lagi. Mak nak pergi masjid ni,"
   "Ermm, rasanya tak ada apa dah. Okeylah, assalammualaikum,"
   "Waalaikummussalam," aku mematikan talian. Terus sahaja ada mesej masuk. 'Eh! Macam tahu-tahu saja dia ni aku dapat izin'.

                 Salam, kau dah tanya mak kau belum?
                             From: Cendol Basi

                 W'salam, dah. Mak aq bagi . Tpi kita ber4 je ke?

                 Yeahhh!! Hahaha, tak lah mak aku dengan suami dia pun ikut sekali.
                     

                 Suka lah sangat. Kembar kaw ad ta?

                 Tak ada lah. Dia belum balik lagi.
             
                 Ohh.. Okey lah. Aq pnat ei, mao msuk tdur dlu. Nites :)

                Okey. take ur rest.. Sweet dream ...

Aku mencampakkan kembali telefon bimbitku di atas meja. Tidak sampai beberapa minit, mataku sudah menjadi gelap dan kelam.


Hari ini bermulalah sesi bahawa aku akan berterusan dibuli oleh Awal. Aku memasukkan pakaian ke dalam beg, Awal memberitahu bahawa kami akan bermalam di Pangkalan Balak Melaka selama tiga hari dua malam, jadi aku membawa pakaian ala kadar sahaja. Rasa menyesal pula ikut Awal dan keluarganya bercuti, baik aku balik kampung mandi sungai. Sudah banyak kali aku menolak perlawaannya yang ini, tetapi banyak sahaja alasannya. Katanya mahu meyambut 'birthday' aku dan adiknya sekali. Tambahan pula, aku sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Melaka sejak aku tamat belajar di sana.
   "Lama ke kau bercuti dengan Awal," tiba-tiba Anum memasuki bilikku tanpa mengetuk pintu.
   "Bukan dengan Awal jela, ada keluarga dia sekali," aku menjelaskan. Anum ni bukan boleh, kalau aku tak jelaskan perkara sebenar nanti apa pula yang dia fikir.
   "Oh dengan keluarga dia sekali ek. Best lah kau kan, belum apa-apa lagi keluarga dia dah restu,"
   "Restu benda kau ni? Aku kawan jela dengan dia, kau jangan buat cerita boleh tak?"
   "Yelah tu. Kau memang anggap dia kawan, tapi dia? Kau kena ingat Yiez, lelaki dengan perempuan kalau kawan rapat macam kau dengan Awal ni mesti salah seorang dari korang akan ada perasaan lain," aku menghentikan sesi memasukkan pakaian ke dalam beg setelah mendengar hujah Anum yang agak bernas. Aku memandang Anum.
   "Kau jangan la menakutkan aku,"
   "Aku tak ada niat nak takutkan kau, aku cakap melalui pengalaman aku. Percayalah,"
   "Tak ada lah. Awal nak suka aku? Aku bukan termasuk dalam senarai perempuan yang dia suka," aku cuba menyedapkan hati.
   "Kau ni kalau aku cakap bukan nak dengar," Anum mengetuk kepalaku dengan buku limanya.
   "Woi! Apa ni? Main kepala pula,"
   "Sebenarnya aku naik ni nak bagitahu kau yang Awal dah ada kat depan rumah," Anum bangun meninggalkanku.
   "Hahh! Eh cepat betul," aku sudah menjadi kelam kabut.
   "Tulah yang dinamakan sayang," aku mencampakan berus gigi kepada Anum. 'Tak ada benda lain nak cakap'. Anum menyambut berus gigi itu, dia ketawa terbahak-bahak menggelakkan kelakuanku.
   "Cepatlah makcik, kau nak biar berapa lama pakcik kau tunggu kat depan tu. Dah macam laki mintak bini balik rumah pun ada. Hahaha,"
   "Cakap dengan Awal aku dah nak siap," nasib baiklah aku dah siap mandi semua. Tinggal nak masukkan apa yang patut saja lagi. Awal memang sukar dijangka kelakuannya. Dengan kelam-kabutnya aku melangkah keluar dari rumah. Di hadapan pintu pagar aku lihat Awal sedang berbual bersama Farid dan Anum.
   "Hah, keluar pun kau. Aku muak layan Anum ni berborak," lah ada aku suruh ke. Aku mermonolog sendirian.
   "Kau ni memang suka cari pasal dengan aku kenapa?" Farid sudah berdiri cuba menenangkan mereka berdua. Sebelum keadaan menjadi semakin rumit, aku berlari mendapatkan Anum.
   "Dah lah. Korang ni malu sikit dengan jiran!"
   "Dia yang mulakan dulu," Anum menundingkan jarinya ke arah Awal.
   "Dua-dua sama je,"
   "Awal, baik korang pergi dulu," Farid memberi cadangan.
   "Memang nak pergi pun. Aku tak faham lah kenapa kau boleh dapat 'haousemate' macam ni," Awal membantuku memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Anum menunjukkan buku limanya kepada Awal.
   "Anum jaga diri tau, kalau ada apa-apa 'call' aku," aku dan Anum bersalaman.
   "Aku okey lagi. Kau tu jangan percaya sangat dia tu. Aku tak faham macam mana korang boleh kawan,"
aku hanya menggeleng kepala.
   "Hahaha. Tak payah risau. Aku ada boleh tengokkan Anum, " Farid bersuara. Aku masuk ke dalam kereta milik Awal. Di awal perjalanan, kami berdua masing-masing membisu. Masih teringatkan kisah tadi. Terdetik di hatiku untuk bertanya kepada Awal hal yang sebenar, apa yang pernah berlaku kepada mereka sebelum ini.
   "Awal, aku nak tanya boleh?" aku cuba memberanikan diri.
   "Ermm, tanyalah," sepatah yang dijawab. 'Uish! Takot juga ni, muka macam nak telan biawak pun ada.'
   "Masih marah ke dengan Anum? Korang ada masalah apa sebenarnya?"
   "Kau betul nak tahu apa masalah aku dengan dia?" kali ini Awal pula yang melontarkan soalan kepadaku. Aku menganggukkan kepala dengan bersungguh-sungguh.
   "Masalah dia dengan kawan aku. Tulah masalah aku dengan dia," aku disebelah dah macam orang asing. 'Lah, apa ni? Aku tak faham langsung.' Awal sedar yang aku tidak faham apa yang mahu dia sampaikan.
   "Hahaha. Okeylah. Aku cerita dari awal,"


Khairul, pelajar Diploma jurusan Elektrik seorang kasanova yang paling dikenali dalam kampusnya. Sudah berapa ramai perempuan yang masuk ke dalam perangkapnya. tapi dia tidaklah sekejam kasanova yang lain. Cuma suka menghabiskan duit setiap teman wanitanya. Pelik bukan? Selalunya perempuan yang buat begitu, tetapi dalam kes ini Khairul yang melakukannya. Satu hari dia balik ke bilik dengan keadaan yang tergopoh-gapah, macam kena kejar dengan hantu. Habis dirempuh sahaja sesiapa yang mengahalang laluannya. Sampai pintu bilik sendiri pun dirempuhnya.
   "Woi Khai! Dah kenapa kau ni?" Awal yang sedang kusyuk menelaah pelajaran tergangu dengan keadaan Khairul. Khairul duduk di katilnya dengan keadaan termengah-mengah, tersengeh pula tu.
   "Wal, aku nampak awek cun hari ni,"
   "Aku tak peliklah kalau yang tu," Awal kembali memandang bukunya.
   "Bukan! Kali ini yang lain. Aku rasa aku dah jumpalah dengan cinta pertama aku," Khairul menggoncang tubuh Awal.
   "Eish! Kau ni buang tabiat ke? Kau nak campak mana Syikin, Lina dan banyak lagilah," Awal menepis tangan Khairul.
   "Arhh! Tu biarkan je. Kali ni yang betul la Wal," Khairul masih dengan angan-angannya.
   "Ermm, siapa budak yang malang tu?" Awal bertanya, kononnya berminat ingin tahu.
   "Malang kau cakap. Dia beruntung sebab dapat aku tau,"
   "Hahaha. Sangat!"
   "Aku janji depan kau Wal. Aku akan berubah kalau aku dapat perempuan ni," Awal mempamerkan wajah bosan.
   "Malas aku nak percaya,"
   "Kau ni langsung tak nak tengok aku berubah ke?"
   "Bukan tak nak tengok. Tapi aku dah lali dengan ayat kau ni,"
   "Aku akan buktikan yang ayat aku kali ini kau tak lali,"
   "Okeyh, kalau kau anak jantan. Buktikan pada aku!"
   "Hahaha. Kau kerat terus jari aku kalau aku tak buktikan,"
   "Jangan cakap besar Khai," Awal mengingatkannya.
   "Dengan ini, saya Khairul Hanif berjanji bersaksikan Azwal Qazdril bahawa saya akan berubah!" dengan bersungguh-sungguh Khairul berjanji.
   "Dengan ini, saya Azwal Qazdril berjanji akan potong jari Khairul Hanif jika dia melanggar janjinya," pecah tawa mereka berdua dengan ikrar yang merepek. Maka bermulalah misi bagi kasanova yang bernama Khairul Hanif. Lain pula yang berlaku di asrama perempuan, seorang gadis bernama Hasya Numa sudah tidak mampu mendengar rakan-rakannya yang lain memuji ketampanan kasanova itu. Ada yang sanggup tangkap gambar Khairul secara diam, asalkan dapat simpan di dalam telefon bimbit mereka.
   "Weh! Aku tak faham lah dengan korang ni. Bukan boleh pakai pun lelaki macam Khairul tu," Anum sudah memulakan rutinnya.
   "Kau tak faham ke? Dia dah lah kacak, kaya, pandai. Semua ciri tu lelaki idaman tau," terang kawan sebiliknya.
   "Korang tak tahu ke yang dia tu kasanova kat kampus kita ni,"
   "Tu tak pentinglah, setiap manusia boleh berubah. Kalau betul caranya," Wani masih menatap wajah Khairul di dalam telefon bimbitnya. Anum hanya mampu menggelengkan kepala. 'Macamlah dia tu artis nak dikagumkan, setakat muka je hensem tapi perangai teruk. Boleh jalanlah'.
   "Anum, kalau Khai mengorat kau, kau layan tak?" tiba-tiba soalan yang tidak bernas dilontarkan.
   "Hahaha. Wani, kau macam tak kenal aku kan? Kalau dia mengorat aku alamat dunia ini sudah berpusinglah,"
   "Aku dengar Khai dah putus dengan Syikin, dia tengah usya budak DPL pula," Anum mengankat keningnya. Tidak pelik kalau dengar khabar yang Khairul bertukar-tukar teman wanita. DPL adalah singkatan bagi program diploma pengurusan landskap di kampus mereka.
   "Aku tak peliklah Wani," Anum sibuk mengemas almarinya.
   "Masalahnya budak DPL berapalah sangat. Senang nak teka," Wani masih bermain dengan teka-tekinya.
   "Malas aku nak layan kau ni. Baik aku pergi mandi," Anum melangkah keluar dari biliknnya dengan peralatan mandi sekali.
   "Percayalah Anum. Aku target kau sebenarnya," Wani masih mahu mengusik Anum. 'Kalau betullah Khai nak 'try' aku, aku mahu pastikan yang dia akan menyesal!'. Azam Hasya Numa kini bermula. Seperti biasa, sekiranya waktu yang terluang adalah singkat untuk menanti kelas seterusnya, para pelajar biasanya ke kafe mahupun perpustakaan. Dihadapan Anum, berbukit buku yang diambilnya bagi menyiapkan tugasan individu yang diberikan pensyarah. Sebuah demi sebuah buku diselaknya. Tetapi satu pun yang tidak bersesuaian dengan tajuk yang dia mahukan.
   "Awak cari buku ini ke?" suara seorang pemuda bersama buku yang memang selama ini dia mahukan. Anum memberanikan diri memandang wajah pemuda itu. 'Alamak! Khairul '.
   "Kenapa pandang saya macam tu? Tak pernah tengok ke?" Khairul menarik kerusi berhadapan dengan Anum. Anum masih membisu, tidak tahu apa yang harus di ucapkan.
   "Hello?" Khairul melambai-lambai ke arah Anum.
   "Eh, terima kasih tau. Memang buku ni pun buku yang aku cari," 'Bercakap pun, aku ingat bisu tadi'. Khairul berbisik sendiri. Anum lantas menarik buku itu dari tangan Khairul.
   "Awak Hasyaaa Numm..,"
   "Anum. Panggil aku Anum je," pantas Anum memotongnya.
   "Oh, okey. Saya Khairul Hanif," giliran Khairul memperkenalkan dirinya pula.
   "Aku tahu,"
   "Eh! Awak tahu nama saya?" 'Ni dah kira bagus, tak susah aku nak cerita dah'.
   "Tak pun. Aku nampak dekat kad matrik kau," Khairul memandang ke bawah. 'Alamak! Kantoi dah gambar aku'. Khairul lantas menaggalkannya dan mamasukkan ke dalam beg. Anum tersenyum dengan kelakuan Khairul. 'Tengok dia ni, macam terencat juga.Hahaha'. Bisik Anum jahat. Semenjak perkenalan mereka di perpustakaan itu, hubungan sebagai sahabat sudah semakin rapat sehinggalah tiba saat Khairul ingin melamar Anum agar menjadi miliknya.
   "Anum, Khai nak cakap sesuatu ni," ujar Khairul ketika mereka sedang berjalan di pinggir tasik.
   "Cakaplah," sepatah yang di cakap Anum. 'Hah sudah! Jangan dia cakap ayat tu dah la'. Khairul memasukkan tangannya ke dalam poket, dan mengeluarkan kotak berwarna merah baldu.
   "Ni," Khairul menunjukkan sebentuk cincin kepada Anum.
   "Khai nak Anum jadi milik Khai," jujur Khairul melafazkan niatnya. Anum tersenyum bosan.
   "Anum tak berminat,"
   "Tapi kenapa? Khai dah berubah. Khai tak macam dulu lagi," langkah Anum terhenti.
   "Hahaha,"
   "Kenapa Anum gelak? Khai tak main-mainlah,"
   "Khai ingat Anum percaya ke?" kini mereka berpandangan.
   "Anum? Apa ni? Khai tak faham?"
   "Betul Khai tak faham? Orang macam Khai ni, kalau kena rendam 'clorox' pun belum tentu berubah lah. Sikap Khai tu dah tertanam dalam badan Khai. Buat apa Anum nak percaya dengan orang macam ni? Anum yakin ni semua lakonan kan? Khai dah bertaruh dengan kawan-kawan Khai. Sama apa yang pernah Khai buat dulu!" keluar juga apa yang selama ini Anum pendamkan. Hanya menanti saat yang sesuai saja. Bulat mata Khairul mendengar luahan Anum. Sampai macam ni ke dia fikir perasaan aku terhadap dia?.
   "Tu semua kisah silam Khai. Apa yang Anum fikirkan tu tak betul. Percayalah," Khairul cuba menyakinkan Anum.
   "Tak semudah itu Anum percaya,"
   "Apa lagi yang Anum nak Khai buat supaya Anum boleh percayakan Khai?"
   "Tak payah, Anum dah bosan dengan lakonan Khai,"
   "Lakonan apa?!" Khairul sudah meniggikan sedikit suaranya.
   "Ini semua lakonan kasanova kau wahai Khairul Hanif!"
   "Ya Allah, kenapa Anum buat Khai macam ni,"
   "Jangan nak main nama Tuhan kalau diri sendiri pun menipu!" Anum sudah melangkah meninggalkan Khairul di situ.
   "Anum. Khai bukan macam tu!" satu suara datang dari belakang mereka. Serentak Anum dan Khairul menoleh.
   "Oh, ni siapa pula? Kawan yang Khai bertaruh tu ke?" lancar mulut Anum menuduh. Awal datang mendekati sahabatnya yang kelihatan lemah. Di tepuk bahu Khairul beberapa kali.
   "Kau jangan nak sedap mulut tuduh aku macam tu. Khairul yang di depan kau sekarang bukan Khairul yang dulu,"
   "Hahaha. Berapa ramai lagi kawan kau yang nak mempertahankan sikap kau ni? Tunjukkan!" cabar Anum. Awal melangkah ke arah Anum, tetapi di tahan Khairul.
   "Biar kan dia Wal, dia memang tak percayakan aku," lemah Khairul berbicara.
   "Kau tak boleh senang mengalah Khai, dia dah cakap perkara yang tak betul," Khairul menarik tangan Awal supaya beredar dari situ.
   "Aku tahu. Tapi ni balasan untuk aku,"
   "Khai.."
   "Tak apalah Awal, dah ditakdirkan aku kena macam ni," sayu sahaja suara Khairul ketika itu. Awal memandang wajah Anum yang tidak berperasaan itu dengan penuh dendam.
   "Jom balik, aku tak nak dengar kau sebut lagi pasal perempuan ni," lontar Awal. Khairul hanya mengangguk lemah. Sebulan berlalu, kisah kasanova di tolak lamarannya heboh satu kampus. Ada yang turut bersedih, ada yang gembira, macam-macam lagilah. Tetapi Khairul masih lagi tidak dapat menerima kenyataan itu. Sudah puas Awal mengingatkannya, lupakan sahaja perempuan tu. Tetapi itu bukan mudah bagi Khairul.
   "Khai, sampai bila kau nak macam ni? Aku tengok kau macam kerang kecut dah," Awal menegur ketika Khairul sedang baring menghadap syiling.
   "Sampai bila-bila," sudah malas melayan pertanyaan Awal. Pasti semuanya sama.
   "Aku tengok kau jarang masuk kelas, kau pergi mana? Balik pula lewat malam,"
   "Aku ada hal sikit," Khairul bangun dari pembaringannya.
   "Hal apa yang penting sampai tengah malam Khai?" Awal masih tidak berpuas hati dengan jawapan temannya itu.
   "Hal aku kau jangan nak sibuklah !" Khairul sudah mula meninggikan suara. Khairul sudah melangkah ingin keluar dari biliknya.
   "Jangan ingat aku tak tahu Khai ! Kau ambil benda tu kan?" lancar Awal bersuara. Langkah Khairul terhenti, dia menoleh ke arah Awal.
   "Kau jangan nak tuduh melulu !"
   "Aku yang menuduh ke kau yang masih tak nak mengaku?!"
   "Buat apa aku nak mengaku kalau aku tak ambil !" Khairul masih lagi mahu memepertahankan dirinya. Awal melangkah ke arah seluar jeans Khairul yang bergantung di pintu lantas mengambil sesuatu di dalamnya.
   "Ni apa? Bukan dadah ke?! Tepung? Aku bukan bodoh lah kalau kau nak menipu pun," Awal menunjukkan sepeket dadah di hadapan muka Khairul. Muka Khairul sudah menjadi merah padam menahan marah.
   "Kau jangan masuk campur hal aku," Khairul cuba menenangkan dirinya.
   "Kalau kau dah sentuh benda ni, aku wajib masuk campur. Kau jadi macam ni sebab perempuan tu kan?!"
   "Bukan sebab dia aku ambil benda ni," Khairul kembali duduk di katilnya.
   "Habis tu kenapa? Khai, aku nak kawan aku yang dulu," Awal menepuk bahu Khairul.
   "Aku malu dengan diri aku, setiap kali aku nampak dia aku rasa macam bodoh sangat," jujur Khairul melafazkannya.
   "Bukan ni jalannya Khai. Kalau ada masalah kita mintak pertolongan pada-Nya,"
   "Dah terlambat Wal, aku dah ambil pun benda tu. Dah tak lama aku ni,"
   "Kau cakap apa ni?"
   "Tak ada apa lah. Thanks Awal, kaulah sahabat baik aku," Khairul terus memeluknya.



Penghayatan aku terhadap cerita Awal terhenti, apabila die berhenti bercerita. 'Lah, tak kan dah habis?'. Aku perasan yang tubir matanya sedikit berair. Aku pantas mengeluarkan sapu tangan dari dalam beg lantas aku hulurkan kepada Awal.
   "Thanks," Awal mengesat air matanya.
   "Lepas tu apa yang jadi?" aku masih berminat ingin tahu kisah Khairul. Lama Awal membisu, aku masih setia menanti.
   "Kawan aku tu dah tak ada,"
   "Innalillah,"
   "Semuanya sebab si Anum tu lah. Sekarang kau tahu kan kenapa aku benci dengan dia. Lepas ni jangan tanya dah.Tapi aku tak tahu pula nama penuh dia Hasya Numa, dah macam nama orang asing je," arah Awal seperti polis saja. Sedar tidak sedar selepas aku mendengar Awal bercerita lagi, aku terlena. 'Lah, aku membebel sorang-sorang ke?'. Awal menggelengkan kepala. Awal meningkatkan volume radio, dia cuba melupakan dendam terhadap Anum, tetapi tidak mampu. Di sebabkan seorang perempuan, rakannya sendiri menjadi korban. 'Khai, aku tak boleh nak lupakan perkara yang Anum dah buat pada kau. Maafkan aku.' Bisik Awal. Sebenarnya, aku tidak tidur, tetapi aku tidak sanggup mendengar lagi cemuhan dari mulut Awal terhadap Anum. Biarlah semua itu menjadi rahsia peribadi mereka, cukuplah sekadar aku tahu serba sedikit sahaja. Perjalanan kami ke Melaka mengambil masa dalam satu jam setengah sahaja. Ibu Awal dan adiknya menaiki kereta yang lain bersama Cik Zaraa dan suaminya. Awal sudah memberitahuku bahawa mereka sudah bertolak sehari sebelum untuk mencari chalet yang berdekatan dengan laut. Tersedar sahaja aku dari lena, aku memandang Awal disebelah. 'Tidak mengantukkah dia?'.
   "Kau skodeng aku ek?" terjah Awal tiba-tiba. Aku terus memandang ke depan. Kedengaran Awal mentertawakan aku.
   "Eh mana ada," aku cuba menafikan.'Alamak, malu gila kantoi!'.
   "Hahaha. Tak apa nanti tengoklah puas-puas. Tunggu aku jadi laki kau dululah, ni kau skodeng bayarlah. Ingat senang ke aku nak mengumpul ketampanan ni?" Awal sudah mula berbuyi.
   "Yerk, tolonglah. Aku rela kahwin dengan apek jual durian dari dengan kau,"
   "Eleh, tadi dah kantoi skodeng aku. Tak malu kau ni. Hahaha,"
   "Mana ada aku skodeng kau! Kau yang perasan bagus,"
   "Jangan ingat aku tak tahu. Lelaki ni ada six sense tau, dia boleh rasa kalau ada orang tengah pandang,"
   "Alasan kau sangat membosankan,"
   "Kita dah nak sampai ni,"
   "Aku tahulah, macam aku tak pernah datang Melaka,"
   "Aku cakap je, aku tahulah kau taiko kat sini,"
   "Ha, tahu pun. Hahaha,"
   "Ibu cakap, bilik ada lagi satu kosong," bersahaja Awal bercakap.
   "Ha! Maksud kau?"
   "Kita kena kongsilah,"
   "Woi! Tak kan macam tu sekali? Kau jangan tipu aku," aku sudah takot dengan permainan Awal. 'Tak kan ibu dia nak suruh kami tinggal sebilik? Mampos aku nanti kena kejar dengan JAIM'.
   "Nak buat macam mana kan? Aku terima sajalah,"
   "Aku tidur hotel jelah," aku membuat keputusan bijak. Kalau Awal, langsung tak nak tolong fikirkan.
   "Eh! Mana boleh. Nanti kau kena culik,"
   "Merepeklah! Benci aku,"
   "Hahaha. Marah je kau ni. Ada rahsia yang aku kena tahu ke?"
   "Aku boleh solatlah!"
   "Aku tak tanya pun yang tu. Hahaha," 'Huh, suka sangat dia kalau dah menang. Sakitnya hati aku'.
   "Blablabla," aku tiru gaya dia bercakap.
   "Hahaha. Bolehlah aku jadi imam kau malam ni," aku sudah malas melayan perangai Awal yang menyakitkan hati. Kalau diberi peluang, nak je aku teyeh dia macam kentang putar.
    "Yelah-yelah, aku tipu je. Kau sebilik dengan Wawa. Aku sebilik dengan Pak Mat," terang Awal sudah semua pertanyaannya aku biarkan dibawa angin. Aku masih membisu.
   "Lah, kenapa ni? Tan nak ke sebilik dengan Wawa? Nak dengan Pak Mat?"
   "Eh, mana ada aku cakap tak nak. Okey, sebilik dengan Wawa," berbunyi juga aku akhirnya. Awal tersenyum, barangkali suka membuliku begini. Awal meletakkan keretanya di tempat yang telah disediakan.
   "Nyamannya..," kataku setelah keluar dari kereta. Awal sudah memunggah bagasi di bonet keretanya.
   "Woi makcik! Jangan nak nyaman sangatlah. Angkat beg dulu,"
   "Alahh kau ni, tak 'gentleman' langsung suruh aku angkat beg. Kau angkatlah sekali," Awal sudah berjalan meninggalkan aku bersama bagasinya.
   "Banyak cakap lagi kan? Bawak beg aku sekali!" arahnya. Aku sudah terpinga-pinga di situ.
   "Awalll !! Beg kau ni berat sangatlah. Kau bawak baju ke batu? Macam mana nak angkat?" aku menjerit ke arahnya. Awal berpaling, hanya jarinya menunjuk kearah beg, menyuruhku angkat juga.
   "Sekali lagi aku dengar suara kau. Aku cakap dengan ibu, kau nak sebilik dengan aku," aku terus menutup mulut. 'Apa ni! Main buli-buli pula?'. Dengan hati yang terpaksa, aku mengankat kedua-dua beg sekali. Terhuyung-hayang seperti di tiup angin tubuhku. Awal hanya memandang tanpa membantu, ada senyuman jahat di bibirnya.
   "Ya Allah angah, kenapa biar Farah angkat beg tu sorang-sorang?" suara Pn Azura kedengaran di salah sebuah chalet.
   "Dia nak tolong bu, angah biarkan jelah," selamba Awal menjawab. 'Aku dah separuh lelah, dia cakap aku nak tolong?'. Pn Azura datang menghampiriku untuk membantu.
   "Masalahnya ni bukan ringan, kan ibu suruh bawakan batu dengan arang belakang rumah," aku terpana dengan apa yang dikatakan Pn Azura. 'Batu dan arang?! Dia ingat aku kuli ke? Sakitnya hati'.
   "Kenapa angah letak dalam beg baju?" Arwa pula bertanya.
   "Senang tak koyak, beg plastik nanti koyak. Lecehlah," tanpa rasa bersalah dia menjawab. Kini beg sudah bertukar tangan. Pn Azura membawa beg yang berat itu dibantu Arwa. Awal memandangku lantas mempamerkan senyuman paling menyakitkan hati.
   "Makcik nak buat apa dengan arang dan batu ni?" aku bertanya.
   "Malam last nanti nak buat BBQ sikit, lupa nak bawa hari tu. Maaf lah susahkan Farah, Awal tu memang nak kena," Pn Azura menepuk bahuku.
   "Hahaha. Tak apalah, lagi pun dia penat drive tadi," aku cuba mempertahankannya. 'Nak je aku kutuk si Awal ni, fikir ni ibu dia je'.
   "Wawa bawa kak Farah masuk chalet, biar dia nak berehat semua dulu. Kamu angah, jangan nak suruh dia macam-macam ye. Ibu tangan kamu nanti," Arwa menunjukkan chalet tempat kami berdua berehat. Awal pula memeluk ibunya.
   "Alah bu, bukan luka pun. Bakal menantu ibu tu,"
   "Tak luka pun. Hati dia? Angah ni, ubah lah perangai suka membuli tu,"
   "Ibu, dia pun selalu buli angah la. Sebab depan ibu je dia tak berani nak buat,"
   "Ibu tak nak tengok dah lepas ni. Angah tahukan tujuan ibu suruh angah bawa dia ke sini?"
   "Angah tahu bu, tapi angah takut,"
   "Janganlah macam ni. Bukan anak teruna ibulah kalau takut," Pn Azura menepuk bahu Awal.
   "Ibu doakan angah ye?"
   "Sentiasa sayang," Awal memeluk ibunya, seperti meminta semangat dari ibunya juga. Sementara di dalam bilik pula, Arwa tidak sudah-sudah mengusikku. Naik geram pun ada. Aku merebahkan tubuh ke atas tilam yang empuk, penat di dalam kereta mesti dilepaskan.
   "Ala, akak janganlah tipu Wawa. Jujurlah kak," Arwa masih menunggu jawapan dariku.
   "Jujurlah ni. Nak sejujur mana lagi?" tiba-tiba telefon bimbit kepuyaan Arwa berbunyi.
   "Hello bu," senyap seketika, mungkin ibunya sedang bercakap sesuatu.
   "Okey, nanti Wawa bagitahu akak," Arwa mematikan talian. Aku memandangnya.
   "Ibu cakap, malam ni nak pergi jalan. Akak nak ikut?"  lama aku mengambil masa untuk berfikir.
   "Macam malas pun ada,"
   "Ha, nanti Wawa suruh angah temankan akak tau,"
   "Ha! Kenapa pula? Akak boleh duduk dalam bilik la,"
   "No! Ini arahan ibu. Ibu cakap kalau akak tak nak ikut. Ibu suruh angah teman," sungguh aku menyesal berkata tidak tadi.
   "Phone baru ke Wawa?" sebenarnya dari tadi aku ingin menanyakan soalan itu.
   "Hauh, angah bagi masa 'birthday' hari tu," Arwa menghulurkan telefonnya kepadaku. 'Eh? Bukan Awal nak bagi dia cincin ke?'. Aku seperti tertanya-tanya, apa tujuan Awal menyuruhku mencuba saiz cincin berkenaan.
   "Cantiklah," ringkas aku memuji.
   "Kalau nak. Suruh angah bagi masa hantaran akak nanti," tanpa berfikir panjang, aku membaling bantal ke arah Arwa. Arwa mentertawakan ku, rela diperlakukan begitu.
   "Wawa pernah dengar tak pepatah 'disebabkan mulut, badan binasa'? Perangai macam Awal, suka kenakan orang,"
   "Hahaha. Angah tu memang jahat pun, tapi akak belum kenal dengan along lagi,"
   "Kenapa dengan along? Dia lagi jahat ke?" aku membuat spekulasi sendiri.
   "Bukanlah, along bukan macam angah. Perangai macam langit dan bumi je. Along ni ikut perangai ibu, jenis yang 'cool' je. Tak macam angah kuat sangat merabak, tapi kadang-kadang je. Tengok mood angah jugalah," begitu teliti Arwa menceritakan. Aku mengangguk kepala.
   "Akak pilihlah nak siapa," katanya lagi.
   "Eh, ada pula main pilih-pilih,"
   "Betullah, bestlah berbual dengan akak, tak macam bekas awek along dulu. Kerja nak berkepit dengan along ke mana je. Wawa yang tengok pun rimas, macam manalah along boleh tahan,"
   "Dah namanya cinta, Wawa oi," aku mencubit hidungnya.
   "Pandailah akak ni, patut angah sayang," sekali lagi aku membaling bantal ke arahnya. Aku memalingkan tubuh, cuba untuk melelapkan mata. Arwa masih melayan sisa-sisa tawanya kepadaku. 'Suka betul kau ye!'. Petang menjelma, ahli keluarga Awal sudah keluar berjalan ke bandar Melaka. Mungkin mahu melawat banyak tempat. Aku masih duduk di atas pasir pantai, menghadap lautan ciptaanNya. Awal datang duduk di sebelahku dengan membawa aiskrim di tangannya.
   "Nah," Awal menghulurkan satu kepadaku.
   "Terima kasih,"
   "Kasih di terima,"
   "Kenapa tak ikut ibu kau jalan?"
   "Macam menghalau aku je?" ada nada marajuk di situ.
   "Bukanlah, kau tak sekolah ke? Kan aku bagi ayat tanya, bukan ayat perli,"
   "Malas lah, dulu masa sekolah selalu pergi ikut rombongan sekolah,"
   "Tu sekolah, ni dengan keluarga,"
   "Kau pun tak sekolah juga kan?"
   "Hah! Kenapa pula?" pelik dengan soalannya.
   "Bukan aku ada cakap yang aku malas kan tadi? Kau pekak ke?" sambil memasukkan suapan ais krimnya yang terakhir. Aku dah agak, ada je ayat dia nak kenakan aku.
   "Ni aku malas nak cakap dengan kau," satu keluhan telah aku lepaskan.
   "Ala, tak kan kau terasa dengan aku?" Awal seperti memujuk. Aku masih diam, melontarkan pandangan pada matahari yang kian tenggelam di lautan.
   "Farah," Awal menolak bahuku menggunakan ranting pokok.
   "Yerk ! Buang tabiat ke panggil aku nama tu,"
   "Lah, memang nama kau pun kan? Apa masalahnya?"
   "Memanglah nama aku, kau kan dah biasa panggil nama aku lain. Rasa peliklah, hahaha,"
   "Aku serius ni," nada suara Awal bertukar menjadi serius. Aku memandang wajahnya. Memang benar, kini wajahnya bertukar, tiada senyuman di bibirnya.
   "Okeylah, aku serius juga," aku mengajuknya.
   "Betul ni?" Awal berpaling menghadapku. Tiada kata yang aku lontarkan, cuma anggukan kepala. Tidak lama selepas itu Awal berdiri berhadapan dengan ku.
   "Kau ni dah kenapa? Aku tak nak tengok badan kau lah. Tepi!," Awal masih kaku di situ.
   "Kau dengar aku cakap ni,"
   "Ha apa dia?" layankan jela. Malas nak melawan, sakit hati aku nanti.
   "Kau pusing belakang sekejap,"
   "Nak buat apa?!"
   "Boleh tak jangan degil?"
   "Hmmm," aku memusingkan badan menghadap jalan pula.
   "Janji jangan pusing selagi aku tak suruh tau?" aku cuma mengankat tangan tanda bahawa aku sedang berjanji.
    "Okey, bagus. Tunggu aku suruh dulu baru pusing," lama jugalah aku menanti untuk pusing. 'Apalah yang dia buat ni? Jangan nak buat benteng dah lah, lepas tu baling pasir dekat belakang aku. Memang nak tempah maut'. Bermacam-macam andaian yang terlintas di fikiran ketika ini.
   "Okey, boleh pusing," suara Awal kedengaran. Tapi kenapa bukan dari belakang aku? Aku memalingkan tubuh, tidak sabar mahu menatap kembali keindahan matahari terbenam. Tapi ada sesuatu yang menarik mataku untuk melihatnya. Tulisan yang Awal lakarkan sebentar tadi. 'Will U Marry Me' di akhir tulisan itu, ada sebentuk cincin yang cantik terletak di dalam kotak baldu berwarna merah hati. 'Ni bukan ke cincin yang aku cuba dulu?'. Aku mengambil cincin itu. Tiba-tiba Awal muncul dari belakang sebatang pokok dengan gitar di tangannya. 'Adakah ni bermaksud......?'

   Dan apa yang kau mahukan dariku
   Telah lama ku kata yang ku cinta
   Sepenuh hatiku

   Sampai bila
   Harus aku menunggu cinta mu
   Dan pabila ku sedari
   Kaulah yang pertama kucintai

   Maafkan lah diri ini
   Jika takdir menjemputku dahulu
   Hanya saat ini dapat menemanimu

   Dengarkanlah sekali lagi
   Jika kau tak percaya pada diriku
   Bilaku berkata
   I said I love youuu..

Sesungguhnya aku sudah tergamam dengan keberanian Awal, air mata yang sememangnya sudah bergenang cuba untuk aku tahan agar tidak jatuh dari tubir mata. Selesai Awal menyanyikan lagu itu, dia berdiri berhadapan denganku. Tidak ku sangka Awal mempunyai anugerah suara yang begitu, aku yakin bukan aku sahaja yang dengar boleh jatuh hati. Mak cik yang lalu-lalang tadi pasti hampir pengsan. Lama aku menatap kotak cincin di tangan, aku membiarkan Awal yang aku pasti dia mahukan jawapan dariku.
   "Ehemm," Awal berdehem, ingin menyedarkanku yang sedang mengelamun. Aku cuba untuk memandang wajahnya, sedangkan mataku sudah merah menahan tangisan.
   "Aku buat macam ni sebab...," lama Awal berdiam, mengambil semangat untuk berbicara kembali.
   "Aku nak kau jadi yang halal untuk aku. 'Sorry' buat kau terkejut dengan lamaran aku ni, aku tahu aku macam mendesak kau untuk menerima aku. Tapi percayalah, aku ikhlas dengan apa yang aku buat sekarang. Mungkin dulu aku suka buat kau terasa, tapi tu bukanlah niat aku. Aku cuma mahu kau sentiasa ingat aku dengan perangai jahat aku pada kau. Aku nak kau yang isi kekosongan hati yang telah kian lama tidak di huni. Aku tahu kita bukannya kenal lama sangat, tetapi perasaan tu akan datang bila tiap kali aku bersama kau. Bayangan kau sentiasa buat aku angau sendirian, aku tidak mampu menanggung seorang diri. Aku ingin kongsikan perasaan ini bersama kau. Kau sudi untuk isi hati aku?" jelas tutur bicara Awal. Melambangkan betapa ikhlasnya hati jejaka itu. Sungguh aku tidak berani meluahkan apa yang aku rasa sekarang seberani Awal. Adakah perasaan yang Awal hadapi sama seperti aku hadapi ketika bersamanya juga?. Getar hati menuntut aku menjawab pertanyaan Awal segera. Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Jelas terpancar riak ceria diwajahnya. Aku menyerahkan kembali kotak cincin itu kepada Awal.
   "Kenapa bagi balik? Kau terima kan?"
   "Memanglah, kita orang Melayukan? Bagilah cincin ni cara adat. Aku tak boleh simpan lagi," hebat aku menutur kata-kata.
   "Yess !" Awal hampir sahaja memelukku.
   "Nasiblah tak halal lagi. Hahaha, kau pegang kejap boleh?" Awal sudah berlari ke arah pantai sambil melompat kegembiraan. Jelas perangainya seperti kebudak-budakkan.
   "Hoi korang ! Aku dah nak kahwin !" jerit Awal tanpa malu semasa sedang berlari. 'Woi! Kalau ye pun bahagia sangat tak payah nak kecoh satu Melaka'. Hanya hati aku yang mengatakannya, untuk mulut yang berkata, aku tidak berani. Kini bermulalah kisah hidup aku yang baru, bahawa hadir sebuah hati untuk aku jaga sebaik mungkin. Awal sudah berguling-guling bersama ombak yang memukul tubuhnya, barangkali kegembiraannya sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata sehingga sanggup memalukan diri begitu. Aku hanya tersenyum tenang. Malam itu, tidak ku sangka keluarga Awal pulang begitu awal. Nasib baiklah aku sudah siap membersihkan diri, jadi tidak perlulah berebut dengan Arwa untuk mandi dan solat. Sedang aku duduk mengelamun, tiba-tiba ada satu pesanan ringkas masuk.


  Ehemm.. tengah buat apa tu ?
 From : Cendol Basi

Aku tengah taip mesej kaulah, tak kan menjahit pula.

Hahaha, kau tak nak tanya aku buat apa ke?
From : Cendol Basi

Perlu ke aku tanya?

 Perlu, bahkan wajib untuk kau tanya.
From : Cendol Basi

Okeh lah, kau tengah buat apa tu?

Layan kan jelah apa yang dia nak, nanti tak pasal-pasal aku yang kena balik. Pelik-pelik je dia ni, macam budak kecik bercinta pula.

Hahaha, aku tengah korek gigi. Opss ! kantoi pula, tak pe kantoi dengan kau. Aku sudi.
From : Cendol Basi

Tak senonoh betul ! Memang layak aku lempar dengan selipar jamban.

Jangan ! Derhaka nanti. Tak mau tak mau. Hahaha, Wawa mana? pukul 10 datang tempat BBQ yang aku tunjuk tadi.
From : Cendol Basi

Eh? Kenapa pula?

'Sudah kenapa nak kena pergi tempat BBQ tadi ni? Tak kan Awal nak bagitahu dengan semua orang tentang siang tadi? Malu lah aku'.

Soalan tak sekolah apa kau tanya ni? Datang je lah. Banyak pula cakap.
From : Cendol Basi

Malas pula aku nak dengar Awal membebel, kalau dah mula cara dia bercakap macam ni. Aku tidak balas pesanan ringkasnya, malah aku teruskan aktiviti mennyelongkar beg baju.
   "Akak buat apa tu?" tanya Arwa yang sudah selesai solat isyaknya.
   "Cari baju lah, akak tak tahu pula malam ni angah Wawa nak buat BBQ," jelasku.
   "Akak pakai macam ni pun dah cantik la," Arwa memerliku. 'Cantik dia cakap? Bahan gelak Awal je kalau aku keluar dengan baju tidur ni'.
   "Memang suka sangat kalau angah Wawa tu nanti gelakkan akak," 
   "Akak pakai baju Wawa beli tadilah," Arwa menyelongkar pula plastik beg yang bersusun di tepi meja. Lantas mengeluarkan sehelai T berwarna biru laut.
   "I LOVE MELAKA. Cantik kan?" Arwa menghulurkan kepadaku.
   "Eish ! Tak naklah. Ni Wawa punya. Tak kan akak nak pakai,"
   "Ambil jela, Wawa memang nak bagi akak lah. Satu untuk akak, satu untuk ........, eh! Pakailah cepat," Arwa memaksaku.
   "Yelah," aku akhirnya mengalah. Arwa tersenyum dengan keputusanku. Aku dan Arwa jalan bersama menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Awal. Sampai sahaja di sana, semua orang sudah ada. Awal pula sibuk membakar ayam. Aku terus menghampiri Pn Azura.
   "Kenapa tak cakap nak buat BBQ malam ni? Boleh Farah tolong apa yang patut," 
   "Tak payah, Awal nak buat semua. Ni dia tak bagi tolong pun, suruh duduk je," lembut sekali suara Pn Azura.
   "Awal memang macam tu," Eh, aku pula yang memandai bagi label. Aku bangun dari kerusi, membiarkan Pn Azura meneruskan perbualan bersama Cik Zaraa. Aku mendekati Awal, mungkin dia tidak perasan dengan kedatanganku. Ada titik-titik peluh di mukanya, aku mencari sapu tangan yang memang aku bawa untuknya.
   "Nah," aku menghulurkan kepadanya. 
   "Lap peluh tu, nanti ada pula perisa tambahan," tambahku lagi. Awal menyambutnya.
   "Thanks, kau duduklah. Biar aku buat semua ni," Awal meneruskan kembali tugasnya.
   "Tak apalah, aku lebih suka berdiri," 
   "Eh! Baju angah sama dengan akak lah!" tiba-tiba Arwa bersuara. Aku lantas memandang baju Awal. 'Hauh la ! Macam mana boleh tak perasan ni?'.
   "Hauh la Wawa. Hahaha, nampak tak 'chemistry' tu?" sokong Awal.
   "Sweet ye angah," tambah Wawa lagi. Aku di sebelah Awal tidak tahu mahu menjawab apa, terasa di gula-gulakan mereka berdua.
   "Tapi lagi 'sweet' kalau kat baju angah ni tulis, I LOVE FARAA. Dan kat baju dia tu tulis, I LOVE AWAL," pecah tawa mereka berdua mengenakanku.
   "Angah panggil kak Farah apa?" 
   "Jangan nak sibuk hal orang bercinta! Dah pergi sana," Awal menghalau Arwa dari situ. Arwa menurut seperti lembu di cucuk hidung.
   "Puas menggula-gulakan aku?!" ada nada marah di situ.
   "Lah, marah ke? Sorry Awal tak bermaksud," Awal sudah membahasakan dirinya dengan nama, adakah ini bermaksud langkah kedua Awal sudah bermula?
   "Tak marah, aku suka sangat!" masih dengan hati batu.
   "Kalau kau still marah aku, aku cerita dengan semua macam mana aku lamar kau tadi. Hahaha," dengan hati yang masih marah, aku berjalan menuju ke arah laut. 'Menikmati deruan ombak lebih baik dari mendengar kata-kata Awal yang menyakitkan hati'. Awal memanggil Arwa supaya tugasnya diambil alih dengan segera. Awal mengekoriku ke arah pantai. Aku duduk di atas batu besar yang terdapat di situ.
   "Sorry, kalau aku sakitkan hati kau," Awal memulakan bicara sebagai seorang lelaki. Aku masih berdiam seperti batu. Hanya deruan ombak sahaja kini kedengaran
   "Ibu dah tahu pasal siang tadi, aku cerita," Awal mula berterus- terang.
   "Patutlah Pn Azura senyum-senyum dekat aku tadi, angkara kau rupanya,"
   "Aku kena cakap dengan ibu, sebab aku lemah dalam hal melamar ni. Kau dah terima tadi pun aku rasa nak pengsan,"
   "Pn Azura cakap apa? Dia suka ke aku?"  mataku masih ke laut yang kelam.
   "Tak payah panggil Pn Azura boleh kan? Panggil ibu je, kan tak lama lagi Farah akan jadi ahli keluarga ni juga," suara yang memang sangat aku kenali. Aku memalingkan tubuh, Pn Azura kini berada betul-betul di belakang aku dan Awal. Perasaan malu mula menerjah ke mukaku. Pn Azura mendekatiku lantas memelukku. Aku seperti terpinga-pinga, Awal hanya tersenyum dengan penerimaan ibunya terhadap diriku.
   "Thanks Farah, sebab terima anak ibu, si Awal ni," aku membalas pelukkan Pn Azura. Awal sudah tersenyum memandangku, dia menunjukkan ibu jarinya kepadaku.


Disebabkan aku mendapat panggilan kecemasan dari En Darus pagi tadi, aku tidak dapat meneruskan percutian bersama keluarga Awal. Aku menyatakan keinginan untuk pulang ats urusan kerja ketika kami semua sedang menikmati sarapan pagi. Terpancar riak kecewa di wajah mereka, terutama sekali wajah Awal. Nasib baik mereka faham dengan kerjayaku yang tidak menentu sibuknya. Pn Azura menyuruh Awal menghantarku pulang ke rumah.
   "Ibu kecewa sangat Farah tak dapat teruskan percutian ni, tak apa lain kali pula ye," Pn Azura menepuk bahuku. Siapa kata aku tidak bersedih dengan berakhirnya percutian ini. Kalau En Darus tak telefon pagi tadi semata-mata menyuruhku menyiapkan 'design' rumah anak Tan Sri Nazrin, aku masih di sini, menikmati percutian yang menenangkan.
   "Tak apalah ibu, dah boss panggil kerja. Tak kan nak bantah, silap-silap kena pecat pula," Awal sudah bersedia dengan beg bajunya. Katanya, selepas menghantar aku, dia tidak datang dah ke Melaka. Aku mengambil beg bajuku berdekatan dengan kereta, lantas aku hulurkan kepada Awal.
   "Angah, bawak menantu ibu baik-baik ye. Jangan bawak laju sangat kereta tu," Pn Azura mengingatkan anaknya. Awal hanya tersenyum, memahami maksud ibunya.
   "Farah, kalau Awal bawak laju. Report dengan ibu ya?" Pn Azura menyampaikan pesan kepadaku pula. Risau sungguh ibu Awal, mana tak risau pasti dia faham bagaimana cara Awal memandu.
   "Ibu, dah lah tu. Kalau ibu membebel, bila angah nak sampai Perak?" akhirnya Arwa menyampuk. Pecah tawa kami semua. Awal menyalami Pn Azura dan Arwa, diikuti oleh aku. Aku dan Awal masuk ke dalam kereta, kami tidak mengambil masa yang lama di situ, Awal lantas memecut keretanya.
   "Boss kau tu memang tak faham ke kau tengah ada sesi suai kenal dengan 'mom in law'?" Awal sudah menunjukkan muka tidak berpuas hati.
   "Bukan salah boss aku, Tan Sri Nazrin nak tengok 'design' rumah anaknya lusa. Entah apa mimpi Tan Sri tu," aku menerangkan perkara sebenar. Mungkin susah bagi Awal untuk faham dengan tugas aku seperti ini, tapi bagi aku, pekara seperti ini sudah biasa terjadi.
   "Potong 'line' betullah dia tu," Awal mengetuk stereng keretanya.
   "Yang kau nak emo sangat kenapa? Patutnya aku yang marah, sebab balik ni aku nak kena perah otak lagi nak fikir lakaran ini kau pula yang macam nak pengsan marah-marah kenapa?" Awal hanya mendiamkan diri, radio yang sudah terpasang di kuatkan 'volume'nya. Aku tahu Awal sedang marah, malas mahu bertekak. Aku hanya memandang luar tingkap. Tiba-tiba kereta seperti tidak dapat dikawal, macam ada sesuatu yang berlaku pada tayar hadapan, Awal memberhentikan keretanya di bahu jalan.
   "Janganlah tayar kereta nak pancit pula 'time-time' ni," marah Awal. Dah lah dengan aku ni perlu balik cepat ke Perak kerana ada kerja yang mesti diselesaikan. Awal keluar dari kereta untuk melihat tayar hadapan keretanya. Aku pun turut keluar dari kereta , manalah tahu boleh membantu apa yang patut , walaupun hanya memegang spanar.
   "Ya Allah ! Betul tayar pancit," Awal menggaru-garu kepalanya.
   "Apa nak susah fikir, tukar dengan tayar 'spare' la," aku memberi cadangan.
   "Kalau ada memang aku dah bukak bonet lah, tayar 'spare' tu aku hantar kedai," aku menepuk dahi.
   "Jadi sekarang nak buat apa? Aku kena juga balik hari ini,"
   "Ye, aku tahulah, nak balik sangatkan? Pergi tahan lori ayam !" Awal mengeluarkan telefon bimbitnya, lantas mengdail sesuatu nombor. 'Cish, kata-kata dia sangat menyakitkan hati'. Aku masuk kedalam kereta, kerana keadaan di luar sangat panas. Awal masih lagi bercakap-cakap dengan orang di talian, dengan membuat gaya tangan, macamlah orang tu boleh nampak, aku yang tengok pun tak paham.
   "Nasib baik kawan aku mekanik area sini, dia boleh tolong bawa kereta ni ke bengkel dia," Awal menjelaskan kepadaku.
   "Alhamdulillah, nasib baik ada. Eh! Masuklah, nak hujan agaknya ni,"
   "Haah la, kejap nak ambil bekal ibu bagi tadi. Aku dah lapar," Awal menuju ke bonet belakang keretanya, untuk mengambil bekalan kami. Sedang dia mencari, hujan turun dengan lebatnya. Habis basah kepalanya, Awal berlari masuk ke tempat duduknya.
   "Nah, pegang kan sekejap," Awal menghulurkan bekas makanan kepadaku. Dia mengambil tuala, lantas mengeringkan rambutnya yang sudah basah. Jantung aku ketika itu seolah-olah berhenti seketika, aku melihat Awal yang sedang mengeringkan rambutnya itu.
   "Woi! Skodeng aku ek? Hahaha," tegur Awal apabila dia perasan yang aku sedang memandang perlakuannya. Aku dengan sepantas kilat mengalihkan pandangan ke arah lain.
   "Mana ada! Perasan je kau ni. Nah bekal, lapar sangat kan tadi," aku memberi bekalan makanan kepada Awal.
   "Eleh, dah kantoi tak nak mengaku. Aku tak buta la Yiez. Aku hensem sangat ke?"
   "Tolonglah, kena panah petir nanti tahulah," dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa malunya aku ketika itu.
   "Hahaha, tak pernah aku jumpa manusia yang dah kantoi, tapi tak nak mengaku kesalahan," Awal mahu memulakan suapan pertamanya. Tiba-tiba cermin tingkapnya diketuk dari luar. Awal menurunkan sedikit cerminnya.
   "Saya tak buat apa-apa Encik, saya baru nak makan, dia duduk sana macam batu je. Sumpah saya tak usik dia pun," Awal bersuara dulu dari pemuda itu.
   "Eh! Encik dah salah faham, saya datang nak tarik kereta Encik ke bengkel boss saya," pemuda itu menjelaskan dalam loghat Indon. Muka Awal sudah merah menahan malu. Aku nyaris-nyaris mahu ketawa besar. 'Padan muka kau!'.
   "Oh ye ke? Ha, bolehlah tarik kereta ni," Awal menutup bekas makanan. Perkerja Indon itu membawa peralatannya ke hadapan kereta Awal untuk memasang sesuatu yang boleh menarik keretanya ke bengkel yang dimaksudkan. Kereta Awal sudah terjongket ke belakang, aku yang sedang minum air ketika itu tumpah terkena tudung. Awal yang perasan akan insiden itu lantas menghulurkan aku tualanya yang digunakan tadi.
   "Terima kasih," ucap ku ringkas lantas mengelap air yang tumpah itu. Bau minyak rambut Awal yang melekat pada tuala itu menusuk masuk kedalam rongga hidungku. 'Wangi betul bau rambut mamat ni'.
   "Jangan nak lap air liur pula, busuk tuala aku nanti. Hahaha," Awal memerliku.
   "Aku bukan seteruk tu!" aku mencampakkan tuala itu ke muka Awal. Masih lagi kedengaran sisa tawanya ketika itu.
   "Tak kenang budilah kau ni," Awal meletakkan tuala di tempat duduknya.
   "Nak mengungkit baik tak payah tolong Encik Azwal!"
   "Nak bergurau pun salah ke Puan Farah?" Awal menguatkan perkataan puan itu.
   "Apa puan-puan ha? Aku masih cik lagi okey!" aku tak tahu kenapa benda yang kecil pun boleh gaduh sampai macam ni. Dengan suara yang aku sendiri tak mampu untuk mengawalnya lagi. Tabah betul Awal melayan karenah aku yang kadang-kadang baik dan tidak.
   "Nanti puan lah tu. Hahaha," kereta masih bergerak menuju ke bengkel. Terasa lama pula perjalanan ke bengkel, rasanya Awal cakap tadi kawannya itu mempunyai bengkel tidak jauh dari sekitar sini. Nak terus heret kereta ni ke Perak agaknya. Pertengkaran kecil antara aku da Awal berlarutan sehingga sampai ke bengkel yang di maksudkan. Aku dan Awal keluar dari kereta , Awal seperti sudah tahu ke mana harus dituju , aku cuma mengukuti dari belakang. Bengkel kawan Awal ni besar juga ,persekitarannya juga bersih, pekerja di sini juga ramah tegur setiap kali ada pelanggan masuk ke bengkel. Teringin juga tahu siapa gerangan pengurusnya, pasti seorang yang tegas dan teratur sehingga pekerjanya juga berdisiplin.
   "Waduh doktor, ngapain sudah lama tidak datang ke mari?" tegur salah seorang pekerja disitu. Awal lantas meletakkan jari telunjuknya di bibir, seperti mengisyaratkan sesuatu. 'Doktor? Siapa? Tak kan aku kot'. Hati ku berkata-kata.
   "Eh, salah orang ni. Saya bukan doktor lah. Hahahaha," Awal menepuk-nepuk bahu pekerja Indon itu.
   "Hahaha. Maaf-maaf. Ha, Boss saya sudah tunggu Tuan Awal di dalam," katanya lagi sambil menunjukkan sebuah bilik yang tidak jauh dari situ.
   "Terima kasih, saya jumpa boss kamu dulu ya," Awal bergerak menuju ke bilik yang dimaksudkan. Aku masih membatu di situ. Ada perkara yang aku ingin tanyakan kepada pekerja itu.
   "Maaf ya Encik, saya nak tanya. Encik kenal Tuan Awal?" aku memulakan soal siasat.
   "Masain enggak kenal, Tuan Awal kawan sama boss saya Cik Ariz," terangnya.
   "Ohh, tapi kenapa panggil dia doktor?"
   "Cik Ariz bilang, kerjanya doktor di Perak, ada klinik sendiri tidak salah,"
   "Tapi dia ....," tidak sempat aku menghabiskan soalan yang seterusnya Awal sudah memanggil namaku. Aku meminta diri untuk pergi dan mengucapkan terima kasih kerana berkongsi maklumat.
   "Kenapa budak tu? Dia nak mengorat kau ke?"
   "Tak adalah, dia pun dah ada bini empat, anak nak masuk dua belas,"
   "Eh! Macam mana tahu ni?"
   " 'See leg' la brader. Hahaha,"
   "Ha meh sini , aku nak 'see' sikit," Awal membongkokkan sedikit tubuhnya.
   "Makan kaki aku jugak budak ni nanti,"
   "Hahahaha, dah jom masuk. Kawan aku dah lama tunggu, kita borak dulu sementara nak tunggu kereta itu siap," Awal menolak pintu kaca itu. Seorang wanita berbaju bengkel di dalam bilik itu, dia sedang menulis sesuatu.
   "Assalammualaikum Cik Ariz," Awal menegurnya. Wanita itu mengangkat wajahnya apabila salam diberikan.
   "Waalaikumussalam, Doktor Azwal rupanya," senyum gadis itu. Aku masih kaku di pintu kaca itu. Adakah aku sedang bermimpi sekarang. 'Cubitlah aku sekarang, sedarlah-sedarlah'.
   "Hahaha, memandai je. Ni aku nak kenal kan .... " tidak sempat Awal menghabiskan kata-katanya. Ariz sudah berjalan ke arahku.
   "Zorro kan?" aku ingin mengenal pasti.
   "Ya Allah, Fau. Rindu aku dengan kau. Kau ke mana selama ni?" Zira lantas memelukku. Tanpa ku duga, air mata gembira sudah jatuh ke pipi. Zira mempelawa kami duduk di kerusi di dalam ruang pejabatnya. Besar sungguh pejabat milik teman baikku ini , maklumlah mekanik yang berjayalah katakan.
   “Tak sangka dunia ni kecil je kan ? Kawan aku rupanya kawan kau juga kan Yiez” Awal membuat telahan. Aku hanya mengangguk setuju dengan katanya.
   “Kau berdua ni dari mana ?” Zira menyoal sambil menghulurkan dua cawan kopi suam kepada kami. Awal seperti budak kehausan, pantas sahaja tangannya menyambut.
   “Kami dari Melaka, aku ‘join’ keluarga Awal bercuti di sana” aku menjelaskan dengan betul.
   “Ariz , kau tak ada biskut ke ? Sedap jugak kalau cicah dengan kopi panas-panas ni,” Awal sudah mulakan perangai peliknya. Kami berdua ketawa dengan pertanyaannya.
   “Kau ingat bengkel aku ni kedai runcit ? Skru adalah. Tak kan Isteri kau ni tak siapkan bekalan kot dari sana. Hahaha ?” Zira menjawab pertanyaan itu sambil matanya melirik ke arahku.
   “Dia ni memang pemalas sikit , suruh tuang air suam pun malas. Hahaha” seronok mereka mentertawakan aku. ‘Hamboi-hamboi mentang-mentang jumpa kawan masa belajar dulu terus kenakan aku, siap kau Awal!’.
   “Topik mula-mula tadi biskutkan ? Asal tetiba nak babitkan aku yang tak bersalah ni?” aku mula berang dengan usikan mereka. ‘Baru nak sesi jejak kasih dengan ‘BFF’ si Awal ni potong ‘line’ mana aku tak hangin satu badan!’.
   “Hahaha, Okey kau berdua berbuallah dulu , aku nak keluar kejap layan mat-mat Indon yang semestinya merindui aku , maklumlah aku kan iras-iras Baim Wong tapi versi Malaysia punya,” Awal menghabiskan sisa tawanya lantas keluar meninggalkan aku dan Zira untuk meneruskan perbualan kami. ‘Tolonglah , perasan sungguh mamat ni , ala Baim Wong ? Macam penternak kambing adalah’.
   “Fau , kau dengan Awal macam serasi je aku tengok,”
   “Kau tak nampak ke ? Aku dengan dia sepanjang perjalanan gaduh je , tak pernah dia cakap baik-baik dengan aku,”
   “Tu sekarang , ada masa dia jadi romantik memang cair kau Fau , aku jamin dua ratus persen punya lah,”
   “Banyaklah kau punya yakin. Kau ada ‘contact’ kawan kita yang lagi dua orang tu?”
   “Aku adalah jugak ambil tahu fasal mereka , yelah kebetulan si Mizul dan Derd tu satu kampung dengan aku. Tapi aku tak pernah pulak jumpa mereka sepanjang aku balik Kemahal tu,” ujarnya.
   “Tak sangka semua kawan aku dah ada kerjaya sendiri , aku bangga dengan korang,” aku menepuk-nepuk bahu Zira.
   “Kau pun apa kurangnya Fau , kerjaya kau pun hebat juga. Kita masing-masing dah berjaya,”
   “Dah lama kau buka bengkel ni?” soalku sambil mata melilau-lilau memandang sekeliling.
   “Lama jugalah , lepas aku habis ‘degree’ aku kembangkan lagi cawangan bengkel bapak aku tu , ni kira bengkel kedualah,” Zira menerangkan.
   “Aku suka cara kau kendalikan bengkel ni , nampak bersih sangat , nampak macam bengkel ‘five star’ ”  aku memujinya.
   “Hahaha , memandai jela kau ni . Alhamdulillah hasil didikan bapak aku juga , tak suka bengkel dalam keadaan kotor dan tak teratur,”
   “Betul tu , dapat pula kau ni ‘boss’ yang garang kan ? Lagi teraturlah anak buah kau uruskan bengkel ni . Hahaha”
   “Kau tanya aku je . Okey sekarang aku pula nak tanya kau , boleh?”
   “Apa pula tak bolehnya , bukan kena bayar pun , tanyalah,”
   “Kau dengan Awal ada apa-apa ke?” ‘Cehh , ingatkan soalan apalah tadi’.
   “Setakat ni masih kawanlah,” Zira memandangku seperti menyuruh aku menghuraikan dengan lebih teliti.
   “Setakat ni ? Maksud kau ?”
   “Dia ada lamar aku masa kat Melaka tempoh hari,” aku memulakan cerita.
   “WHAT ?! Serious ke Fau?” lantang Zira bersuara. Aku memandang kiri kanan , nasib baik pejabatnya dalam keadaan tertutup , tak adalah suara nyaringnya kedengaran sampai keluar.
   “Kau kalau tak jerit tak boleh ke ? Aku ikat mulut kau nanti,” aku memarahinya.
   “Hehehe , sorry-sorry. And then what happen ? Are you accept the propose ?” dah keluar ‘slang’ BI dia , amek kau Fau , jawablah tak kan diam.
   “Aku terimalah , tapi aku suruh dia buat cara adat Melayu kita . Kau kalau tak lupa bahasa ibunda tak boleh ke ? Nak ‘speaking-speaking’ pulak dengan aku,” aku memerlinya.
   “Aku dah terbiasalah , kat sini aku memang utamakan sikit ‘English’ senang pekerja aku belajar dan boleh bertutur dengan pelancong,” terangnya.
   “Kau bukak bengkel , bukan agensi pelancongan pun,”
   “Karang aku cakap sengal kau tu belajar sampai ‘oversea’ , memanglah aku bukak bengkel , tapi pelanggan aku majoriti pelancong , kereta rosak semua hantar sini , faham ?” aku menganggukkan kepala. ‘Boleh tahan empayar minah ni , bukan calang-calang bengkel nampaknya’.
   “Jangan marah , kita bincang . Hahaha,” tiba-tiba pintu kaca diketuk dari luar. Terjengul wajah Awal.
   “Ariz , kereta aku dah siap , berapa ek ?” Awal sudah mengeluarkan dompetnya.
   “Tak payah la , disebabkan kau bawak ‘BFF’ aku hari ni , kira aku payung kau lah,”
   “Eh , jangan macam ni. Segan aku Riz ,”
   “Tak apa , janji korang sediakan meja ‘VVIP’ untuk aku masa ‘wedding’ korang nanti boleh?” aku yang ketika itu sedang menghabiskan sisa air kopi tersembur mendengar permintaan merepek Zira.
   “Ya Allah , tak senonoh betul kau ni ,” Awal lantas menghulurkan tisu kepadaku. Aku mengambilnya lantas mengelap meja yang terkena percikan air kopi itu.
   “Tak payah lap meja tu Fau , nanti aku panggil pekerja aku bersihkan semua ni,” aku berdiri di sebelah Awal.
   “Ermm , sama cantik sama padan kau dengan Awal,”
   “Elok-elok aku kasi percikan kopi kat meja kau ni jangan sampai muntah aku pula yang singgah. Hahaha,”  pecah tawa kami bertiga ketika itu.
   “Nak meja ‘VVIP’ ? Boleh , doa kan kami kahwin cepat-cepat ya,”
   “Aminnn,” Zira menyapu mukanya. Awal turut mengikut perbuatan Zira. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Zira menghantar kami sampai ke kereta Awal yang berada di luar bengkel.
   “Hati-hati Awal , kau tu bawak kawan baik aku,” Zira memesan.
   “Bukan pesan kat aku je , pesan sekali kat kawan kau ni,” Awal menjawab. Aku yang tidak faham dengan jawapannya lantas memandangnya.
   “Eh ! Kenapa aku pula?” aku mula menyoal.
   “Sebab dia ni suka kacau aku memandu , aku takut aku tak fokus langgar longkang tepi jalan nanti. Hahaha,”
   “Dia kacau kau tak pe , kalau kau kacau dia aku ajar kau cukup-cukup,” Zira menyokongku. ‘Yeah , this my friend. Give me five yoo!’.
   “Amboi , dah ada geng nampak,” perli Awal sambil memakai kaca mata hitamnya.
   “Biasalah , kau bukan nak geng dengan aku pun,” aku melawan.
   “Dah , jangan nak bergaduh depan bengkel aku. ‘Free-free’ je pekerja aku tengok drama sinetron dekat sini,” Zira membetulkan topi di kepalanya.
   “Hahaha. Okey Ariz aku balik dulu,” Awal sudah mahu meneruskan perjalanan. Aku lantas mengeluarkan tangan untuk bersalam buat kali terakhir.
   “Jaga diri tau Zorro. Papehal ‘call’ aku ye,” pesanku.
   “Okey , kau pun sama,” tingkap kereta dinaikkan. Aku melambai-lambai tangan kepada Zira. Sedih pula dengan pertemuan yang singkat tapi amat bermakna bagiku. Tanpa ku sedari , air mata mula bergenang di tubir mata lantas ku kesat dengan hujung lengan. Tuhan telah menetapkan , setiap pertemuan itu , pasti ada perpisahan.
   “Dah , tak payah nak meratap sangat,” Awal menegurku.
   “Kau apa tahu ! Biar la aku,” makin sedih pula bila ditegur begitu. Akhirnya tanpa aku sedari , aku terlelap bertemankan air mata. Sepanjang perjalanan Awal tidak langsung mengangguku seperti biasa , mungkin faham keadaan aku yang sedang sedih dan penat. Ketika itu dalam fikirannya seperti sedang memikirkan sesuatu. Perjalanan menuju ke Perak terasa begitu lama.

Sudah hampir 4 bulan aku bergelar kekasih bagi Raja Azwal Qazdril bin Raja Hisyam. Kedua-dua keluarga merestui hubungan kami , masing-masing tidak sabar mahu menetapkan tarikh pertunangan hujung bulan ini. Orang yang paling gembira semestinya Puan Azura , mana tak gembira bakal mendapat menantu pertamalah katakan. Awal tetap dengan aktiviti hariannya di warung , kadangkala jika ada panggilan kecemasan dari klinik , dia akan bertukar sebagai doktor. Pekerjaan keduanya aku dapat tahu, itu pun setelah aku berpura-pura sakit. Dia ada menyatakan pekerjaannya sebelum ini , tapi aku yang tidak mahu mempercayainya.

Tidak tahu kenapa hari ini aku begitu gembira sekali , nak kata dapat bonus tidak juga. Tapi senyuman seperti sentiasa terukir di bibir. Aku melangkah ke meja dengan hati yang berbunga-bunga , tanpa memikirkan ada mata yang memerhati.
   “Amboi , keluar dari bilik En. Darus sampai ke meja kau tersengih-sengih apahal?” Anum menegur. ‘Choii ! Terkejut aku , tak boleh tengok aku senang sikit’. Aku menjelingnya.
   “Tadi ‘boss’ kesayangan kita kasi aku ‘job’ baru,” aku masih tersenyum sambil membelek-belek surat yang baru diberikan tadi. Anum datang ke arahku dan cuba merampas kertas itu.
   “Kasi aku tengok , kau selalu bertuahkan? Selalu dapat ‘job’ baik,” kini kertas bertukar tangan.
   “Dah rezeki aku kat sini nak buat macam mana. Kau tu kalau buat kerja cuba elok sikit , tarik minat ‘client’ dengan cara kerja kau, mesti kau dapat juga kerja macam ni,” aku cuba menerangkan. Anum masih membaca surat itu , dengar atau tidak apa yang aku cakapkan pun aku tidak tahu.
   “Kau dapat ‘job’ kat Penang ?! Masyuk giler hidup kau Yiez,” Anum separuh menjerit. Suasana pejabat yang sunyi ketika itu menjadikan suara Anum menjadi tumpuan. Aku pantas memijak kakinya.
   “Diamlah ! Bagi balik surat aku,” aku memarahinya.
   “Amboi , kerjasama dengan Syarikat Megah Art dua hari satu malam sebagai penasihat untuk hiasan dalaman,” Anum memerliku. Itulah tugasan aku untuk kali ini  nampak macam menarik , tapi tak tahulah. Punyalah ramai lagi ‘Interior Designer’ dalam pejabat ni , tapi aku juga yang terpilih. Mungkin prestasi aku mendapat pujian orang atasan selepas aku hias rumah anak Tan Sri tu. Tekaku.
   “Kau kalau nak kirim jeruk Pak Ali nanti aku belikan , tak payah nak bodek lebih-lebih,”
   “Macam mana kau bodek ‘boss’ sampai dapat tempat ‘best’ macam ni. Megah Art pula tu , kau tahu tak dekat syarikat tu arkitek semua muda-muda,” Anum bercerita sambil memintal hujung tudungnya.
   “Mana ada aku bodek , kan aku cakap kerja aku baik , teratur dan cekap !” aku merampas surat dari tangan Anum. Anum memuncungkan mulutnya.
   “Bila kau pergi ? Tinggal lagi aku sorang-sorang kat rumah lepas ni,” Anum berjalan kembali ke mejanya.
   “Dalam surat ni tulis lusa aku kena pergi. Tapi aku ada masalah sikitlah,” aku meletakkan surat di atas meja.
   “Apa pulak masalahnya?”
   “Aku nak pergi naik apa?”
   “Haa , apa guna abang sayang kau sorang tu, suruhlah dia hantarkan. Hahaha,” seronok Anum mentertawakan aku. ‘Abang sayang aku? Si Awal tu? Memang tak lah’.
   “Aku sumbat juga mulut kau dengan kasut nanti,” masih kedengaran sisa tawanya. Aku mula menatap skrin telefon bimbitku. ‘Betul juga kata Anum , minta tolong Awal hantar aku ke sana pun boleh’. Pantas aku menggelengkan kepala. Siapkan kerja dulu nanti bincang dengan Anum perkara ini.

“Aku boleh hantarkan , tapi dengan syarat aku nak temankan sampai kau habis seminar kat sana,” terang Awal ketika kami sedang makan malam di sebuah restoran.
   “Mana boleh , macam mana dengan kerja kau ?”
   “Kau dah lupa ke ? Yang aku ni bekerja sendiri , aku boleh cuti ikut suka aku,” katanya lagi sambil menyedut fresh orange kegemarannya.
   “Memanglah , kau nak tidur mana ? Bilik hotel syarikat aku dah tempah cukup-cukup untuk peserta,” aku masih ingin menghalangnya daripada mengikut ke mana aku mahu pergi. Nak ‘outstation’ pun kena ada ‘guard’ , naik rimas pun ada.
   “Aku tempah la bilik untuk aku,” dengan selambanya dia membalas. ‘Haishh , nak bagi alasan apa lagi ? Semua dia jawab’.
   “Seminar aku ni lamalah , aaaa dalam seminggu tau , takut kau bosan,” aku masih berusaha memberi alasan.
   “Ohh tak pe , Penang kan banyak tempat menarik , aku pergilah jalan-jalan kat sana selama seminggu tu,” tenang dia menjawab. Jari-jemariku mengetuk-ngetuk meja mencari alasan. Awal berpeluk tubuh sambil memandangku.
   “Dah habis cakap?” kini giliran Awal pula yang menyoalku. Aku mengangguk lemah. Malas mahu bertekak lagi , nanti aku juga yang kalah.
   “Kau nak tahu kenapa aku nak ikut kau ke mana saje kau pergi ? Pertama , aku tak nak ada orang lain yang cuba kacau kau. Kedua , ini adalah arahan dari ibu. Ketiga, kerjaya kau pun kerjaya aku juga. Keempat, aku tak boleh berjauhan dengan kau , lagi pula berpisah dengan Laut China Selatan. Kelima, aku mahu sentiasa berada di sisi kau , sama ada susah mahupun senang. Okey , setakat ni lima alasan aku , nanti aku cuba fikirkan lagi,” bebelnya sampai aku sendiri sudah berkerut-kerut dahi memandangnya.
   “Kau tak penat ke ikut aku kerja?”
   “Tak,” jawabnya ringkas. Ketika itu pelayan sudah datang menghantar pesanan kami. Terhidang di hadapan mataku kuey tiaw kungfu yang sudah semestinya menjadi kewajipan setiap kali makan di luar. Awal pula memesan nasi goreng USA, dia tidak mempunyai makanan kegemaran selain masakan ibunya sendiri. Aku mencapai sudu dan garpu sudah tidak sabar mahu memenuhkan perut yang kosong sejak petang tadi. Awal yang menyedari perbuatanku itu lantas mengetuk tanganku menggunakan sudunya.
   “Dah lupa nak baca doa ? Nak kasi syaitan ‘join’ kau makan?” tegurnya. ‘Nah ! Kena sembur sekali, itulah Fau gelojoh sangat nak makan’. Aku meletakkan kembali sudu dan garpu di sisi pinggan. Lantas mengikut perbuatan Awal menadah tangan. Awal memulakan bacaan doa sebelum makan dan aku yang pertama mengaminkannya.
   “Boleh makan dah?” aku memerlinya.
   “Belum !” Awal membalas.
   “Laa , kan dah baca doa,” dah kenapa dengan dia ni, hatiku berbisik.
   “Siapa nak bayar harga makanan kita ni? Kau ke aku?” soalan tadika mana dia kutip ni? Mestilah dia yang kena bayar!. Hatiku memberontak.
   “Engkaulah, tak kan aku,” aku menjawab.
   “Tak tak , hari ni kau bayar,” Awal menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Aku tidak mempedulikan arahannya , lantas mencapai kembali sudu dan garpu. ‘Nak bertekak ke nak makan? Dari aku layan kepala dia baik aku buat kepala aku je’.
   “Siapa habiskan dulu dia menang!” ujarku lantas aku makan dengan lahapnya. ‘Mana boleh kalah, aku mesti menang’. Begitu kuat bunyi sudu berlaga dengan pinggan, hanya meja kami berdua seperti sedang mengadakan pesta makan paling laju. Aku lihat nasi Awal tidak sampai separuh. ‘Laju betul makan, kunyah ke main telan je?’. Aku masih meneruskan suapan. Tidak seperti yang aku harapkan, Awal meletakkan dahulu sudu dan garpunya.
   “Yess menang! Hahaha , nak lawan dengan ‘legend’ awak salah orang la,” angkuh dia berkata-kata dengan makanan masih penuh di mulut. Aku tidak menghiraukannya. Tiba-tiba Awal tersedak barangkali tercekik dengan nasi yang tidak hancur. Aku pantas menghulurkan air untuknya. Kelakar juga aku tengok muka dia saat tercekik. ‘Itulah, bongkak lagi, kunyah mesti tak cukup 40 kali’. Merah padam mukanya.
   “Kau tercekik apa? Garpu ek? Hahaha,” seronok aku mengenakannya. Dia memandang tajam ke arahku.
   “Kalau aku mati tercekik macam mana? Gelak-gelak pula,” rajukmya. ‘Eleh, sejak bila hati kapas dia ni? Nak sentap je tahu’.
   “Kan aku dah hulur air , kalau kau mati akulah insan yang paling sedih,” aku mengajuknya sambil pura-pura mengesat air mata.
   “Cepat habiskan makanan kau,” Awal bangun dari tempat duduk lantas meninggalkanku sendirian menghabiskan kembali sisa makanan yang tergendala akibat drama yang dimainkan olehnya. Tiba-tiba telefonku bergegar menandakan ada pesanan ringkas masuk.

“Cepat sikit makan, aku tunggu dalam kereta. Tak payah bayar, aku dah setelkan semua”
From : Darl Awal

‘Hah ! ‘Darl Awal’ ? Bila masa dia tukar nama ‘Cendol Basi’ ni?. Mesti masa dia mintak telefon aku tadi. Tiba-tiba mesej masuk lagi.

“Jangan nak tukar nama tu”
From : Darl Awal

‘Macam tahu-tahu je aku tengah mengata dia. Kuat betul ‘sixsense’ dia ni’. Aku lantas bangun menuju ke kereta milik Awal.
   “Nanti tunggu aku ambil kau kat rumah. No reason!” tegas Awal menerangkan kata-katanya. Aku hanya membisu di sisinya. ‘Nak melawan karang aku yang kena balik, tak fasal-fasal gaduh pula’. Awal memecut laju keretanya untuk menghantarku ke rumah . Kebetulan aku sudah janji dengan Anum untuk bungkuskan makanan untuknya, mengamuk pula makcik tu kelaparan nanti kalau aku balik lambat. Awal menghantarku betul-betul depan pagar rumah, pada masa yang sama kelihatan Anum dan Farid sedang rancak berbual di pagar rumah.
   “Dah terus masuk, jangan nak ‘join’ si Anum tu,” amaran darinya jelas kedengaran. Aku hanya mengangguk. Baru sahaja hendak keluar dari kereta tiba-tiba..
   “Yang engkau ni dari tadi kenapa diam je ? Dah bisu pulak ? Tak silap aku yang tercekik tadi aku bukan kau,” katanya.
   “Aku malas nak bertekak dengan kau, nanti aku juga yang kena mengalah,” ehh aku pulak yang nak hangin ni kenapa? Hahaha.
   “Ermm , maaf kalau aku ada buat kau terasa. Pergilah masuk,” kini lembut pula dia berkata. Aku melangkah keluar dari kereta. Awal menurunkan cermin keretanya.
   “Good night sweetheart,” katanya tanpa aku berpaling , jual mahal kononnya. Awal bergerak meninggalkan pengkaran rumahku.
   “Amboii, siap ‘wish’ lagi,” Farid menegur.
   “Hahaha, kau ‘wish’ kat Anum yer Farid,” aku tidak mahu menyertai perbualan mereka lantas masuk ke rumah.
   
 


 
   




 
 



   "bersambung"